Pelaksanaan komposisi pengajaran guru pendidikan Islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan struktur komposisi pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah. Tiga komponen komposisi pengajaran GPI iaitu permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran diteta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Syaubari Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4782
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan struktur komposisi pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah. Tiga komponen komposisi pengajaran GPI iaitu permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran ditetapkan sebagai kerangka konseptual kajian. Reka bentuk kajian secara kaedah campuran penjelasan berurutan (explanatory sequential mixed method design) dilaksanakan dengan didahului analisis kuantitatif dan dapatan daripada kuantitatif diteruskan menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes untuk penerokaan secara terperinci. Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian dan disepadukan dengan protokol temu bual dan analisis dokumen manakala teknik pensampelan kelompok dan rawak berstrata secara zon digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 402 orang GPI yang mewakili populasi seramai 35,856 orang GPI Sekolah Kebangsaan di seluruh Malaysia. Seterusnya bagi analisis kualitatif, pensampelan bertujuan yang melibatkan dua orang GPI dan dua orang guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) ditetapkan sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan berada pada nilai sederhana tinggi dan sederhana. Manakala analisis MANOVA pula menunjukkan faktor pengalaman mengajar terdapat perbezaan pada peringkat perkembangan pengajaran (.021). Seterusnya analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang lemah, sederhana dan tinggi di antara konstruk komponen pengajaran dengan pelaksanaan komposisi pengajaran yang mengintegrasikan KBAT menerusi dapatan (r = .027) sehingga dapatan (r = .538). Manakala analisis regrasi berganda menunjukkan lima sub konstruk komponen pengajaran merupakan faktor peramal kepada pelaksanaan komposisi pengajaran GPI yang mengintegrasikan KBAT dengan menyumbang sebanyak 48.2% perubahan varian (nilai β = .53, p< .05). Kajian diteruskan dengan analisis kualitatif menerusi dapatan yang memperlihatkan tema pengetahuan, kemahiran dan persediaan GPI adalah indikator utama untuk memastikan keberkesanan pengajaran akidah yang mengintegrasikan KBAT. Secara keseluruhannya, kajian ini membentuk model komposisi pengajaran GPI yang mengintegrasikan KBAT dengan disepadukan elemen pengetahuan, kemahiran dan persediaan yang menyeluruh bagi memastikan nilai kefahaman akidah dalam kalangan pelajar dapat dihasilkan.