Pertimbangan moral, motivasi dan nilai moral pelajar Pendidikan Moral di sekolah menengah

Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moralpelajar Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Kajian ini melibatkan pelajarPendidikan Moral seramai 599 perempuan dan 505 lelaki yang berumur 14 hingga 16 tahun. Tahappertimbangan moral, motivasi dan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sathish Rao Appalanaidu
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4790
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moralpelajar Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Kajian ini melibatkan pelajarPendidikan Moral seramai 599 perempuan dan 505 lelaki yang berumur 14 hingga 16 tahun. Tahappertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moral diukur dengan menggunakan instrumen‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM- SFO) dan ‘Instrumen Penentuan Motivasi’(IPM). Kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar Pendidikan Moral berada padatahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada padatahap matang. Tahap motivasi pelajar pula berada tahap yang sederhana (M = 3.31, S.P. = 0.37)manakala tahap kepentingan nilai moral pula tinggi (M = 2.34, S.P. = 0.28). Didapati juga pelajarperempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaansignifikan (t (1102) = -2.785, p < 0.01). Sementara itu, wujud perbezaan antara peringkat umurpelajar dengan tahap pertimbangan moral (F (2, 1101) = 4.205, p = 0.015) di mana ujian Post Hocmenunjukkan perbezaan signifikan antara pelajar 14 tahun (M = 270.00, S.P. = 32.40) dengan pelajar16 tahun (M = 276.00, S.P. = 31.52). Motivasi (F (2, 1101) =11.69, p = 0.00) juga mempunyaiperbezaan signifikan antara pelajar 14 tahun (M= 3.27, S.P. = 0.36) dengan pelajar 16 tahun (M = 3.39, S.P. = 0.35). Bagi kepentingan nilai moral(F (2, 1101) = 4.55, p = 0.011) juga mempunyai perbezaan signifikan antara pelajar 14 tahun (M =2.32, S.P. = 0.28) dengan pelajar 16 tahun (M = 2.38, S.P. =0.28).Terdapat hubungan korelasipositif yang sederhana antara pertimbangan moral dengan kepentingan nilai moral (r (1102) = 0.354,p < 0.01). Keputusan regresi berganda menunjukkan enam peramal memberi sumbangan sebanyak 14.0%daripada varians (R2 = 0.139, F (6, 1097) = 29.57, p = 0.01). Didapati faktor nilai kerasionalan (β= 0.245, p < 0.01), kepentingan hak (β = 0.063, p < 0.05), tanggungjawab terhadap keluarga (β =-0.064, p < 0.05) serta bentuk motivasi external (β = 0.199, p < 0.01), motivasi identified (β =0.160, p < 0.01) dan amotivation (β = -0.112, p < 0.01) menyumbang kepada pertimbangan moralpelajar. Kesimpulannya, kajian ini dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada guru PendidikanMoral, pihak sekolah dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai kepentinganperkembangan pertimbangan moral, motivasi dan nilai moral dalam membentuk kemoralan pelajar. Inimembawa implikasi bahawa lebih perhatian harus diberikan kepada Pendidikan Moral untuk memantapkanlagi pertimbangan moral pelajar dan lebih penting lagi hasil kajian memberi kesedaran tentangperlunya pengukuhanpertimbangan moral berserta dengan motivasi dan nilai moral pelajar sekolah.