Pembangunan dan kebolehgunaan indikator kemahiran literasi awal kanak-kanak

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan IndikatorKemahiran Literasi Awal Kanak-kanak (IKLAK) dalam menilai kemahiran literasi awal yang merangkumibahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dankefahaman naratif, dan tulisan awal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juppri Bacotang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4799
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan IndikatorKemahiran Literasi Awal Kanak-kanak (IKLAK) dalam menilai kemahiran literasi awal yang merangkumibahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dankefahaman naratif, dan tulisan awal terhadap kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Kajian inimenggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu pendekatan kualitatif bagi pembangunan IKLAK, danpendekatan kuantitatif bagi pembangunan dan kebolehgunaan IKLAK. Reka bentuk pembangunan IKLAKadalah berdasarkan Model ADDIE-IKLAK, manakala reka bentuk kebolehgunaan IKLAK adalah melaluikajian tinjauan. Kajian ini melibatkan tiga orang ahli pakar, 43 orang pendidik dan 40 orangkanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun bagi reka bentuk pembangunan IKLAK. Manakala, 21 orangpendidik dan 222 orang kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun dilibatkan bagi reka bentukkebolehgunaan IKLAK. Data kualitatif diperoleh melalui analisis dokumen, manakala data kuantitatifdikumpul melalui borang soal selidik, dan IKLAK. Analisis bagi data kualitatif adalah secarabertema, manakala analisis bagi data kuantitatif adalah menggunakan statistik deskriptif danstatistik inferensi seperti Ujian-t, Korelasi Pearson dan Kebolehpercayaan Coefficient Alpha.Kajian ini telah berjaya membangunkan IKLAK yang menekankan prinsip-prinsip seperti autentik,seimbang dan bersepadu, standard, individu, dan interaktif. Dapatan kajian menunjukkan IKLAKmenepati kriteria psikometrik kerana mempunyai kesahan (muka, kandungan, dan konstruk), dankebolehpercayaan ketekalan dalaman yang baik. Melalui penggunaan IKLAK, kanak-kanak berumur 3+tahun didapati masih belum menguasai kemahiran literasi awal dengan sepenuhnya, dan terdapatperbezaan pencapaian kemahiran literasi awal mengikut umur dan jantina kanak-kanak. Kesimpulannya,IKLAK telah dibangunkan secara sistematik dan empirikal, dan dapat menilai kemahiran literasi awalkanak-kanak dengan tepat. Implikasinya, IKLAK sesuai digunakan oleh pendidik untuk menilaikemahiran literasi awal kanak- kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Selain itu, kemahiranliterasi awal perluditekankan mengikut kesesuaian umur dan jantina kanak-kanak.