Kesan simulasi PhET terhadap pencapaian pelajar fizik tingkatan empat bagi topik Hukum Newton

Kajian ini bertujuan menentukan kesan simulasi PhET (Physics EducationTechnology) terhadap pencapaian pelajar fizik tingkatan empat bagi topik Hukum Newton. Kajian turutmenentukan persepsi pelajar terhadap simulasi PhET dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) fizik.Kajian dengan reka bentuk kuasi- e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: T. Maniarrasan Thanikasalam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4813
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan kesan simulasi PhET (Physics EducationTechnology) terhadap pencapaian pelajar fizik tingkatan empat bagi topik Hukum Newton. Kajian turutmenentukan persepsi pelajar terhadap simulasi PhET dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) fizik.Kajian dengan reka bentuk kuasi- eksperimen ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 40pelajar tingkatan empat. Sampel kajian dibahagikan dengan bilangan sama secara rawak kepadakumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan rawatan diajar menggunakan simulasi PhET selama tiga minggumanakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua-dua kumpulan ditadbirdengan ujian pra dan pasca. Soal selidik juga digunakan bagi memperoleh persepsi pelajar tentangpenggunaan simulasi PhET dalam PdP fizik. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t tak bersandardan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang signifikan[t(38) = 2.98, p < 0.05] bagi kumpulan rawatan (M=75.85, SP=5.16) berbanding kumpulan kawalan(M=69.75, SP=7.53). Dapatan daripada soal selidik mengenai persepsi pelajar pula menunjukkan bahawamereka bersikap positif terhadap penggunaan simulasi PhET dalam PdP fizik iaitu yakin diri (M=4.11,SP=0.94) dan minat terhadap PhET (M=4.25, SP=0.72). Kesimpulannya, simulasi PhET berupayameningkatkan pencapaian pelajar fizik berbanding kaedah konvensional. Implikasi kajian ini adalahsimulasi PhET sesuai digunakan sebagaisalah satu strategi berkesan untuk PdP fizik.