Pengajaran Jumlat Islamiyyah dan Jumlat Fi'liyyah dalam mata pelajaran bahasa Arab KBSM di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Kuala Kubu Bharu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh guru dalampengajaran Jumla Ismiyyah dan Jumla Filiyah. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran Jumla Ismiyyah dan Jumla Filiyah terhadap pelajar-pelajar bahasa Ar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Januar Khairul Bakar Burhanuddin Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4814
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh guru dalampengajaran Jumla Ismiyyah dan Jumla Filiyah. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran Jumla Ismiyyah dan Jumla Filiyah terhadap pelajar-pelajar bahasa Arab danmenyenaraikan bahan pengajaran yang berkesan untuk diguna pakai semasa prosespengajaran berjalan. Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah agama di Hulu Selangor iaituSekolah Agama menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Metod yang digunakan dalam kajian ini berbentukkualitatif. Instrumen yang digunapakai dalam pengumpulan data ialah melalui pemerhatian dalam bilikdarjah dengan merekod pengajaran secara rakaman video. Sesi temu bual juga telah dilakukan bagimemperoleh data yang lebih terperinci kerana keadaan ini akan memberikan gambaran yang mendalamtentang sesuatu situasi, di samping menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihatdengan mata. Bahan-bahan bercetak seperti rancangan mengajar harian dan buku latihan pelajar jugadijadikan instrumen dalam kajian ini. Dapatan kajian ini guru masih menggunakan kaedah tradisionaldalam pengajaran beliau. Guru menggunakan peta minda sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkandaya pemerhatian para pelajar. Hasil kajian ini akan dapat membantu meningkatkan prestasipengajaran guru bagi memberi kefahaman terhadap pelajar dalam memahami Jumla Ismiyyah dan JumlaFiliyyah.