Pengetahuan lokal tentang alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Kadazandusun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan lokal tentang alam sekitardalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Kadazandusun (BKD). Objektif kajian adalah untukmengenal pasti perbezaan antara tahap pengetahuan lokal dalam kalangan guru BKD berdasarkan umur,pengalaman mengajar dan peng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4856 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan lokal tentang alam sekitardalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Kadazandusun (BKD). Objektif kajian adalah untukmengenal pasti perbezaan antara tahap pengetahuan lokal dalam kalangan guru BKD berdasarkan umur,pengalaman mengajar dan pengkhususan. Seterusnya, untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuanlokal guru BKD dengan kemahiran berbahasa BKD dan menganalis faktor pengetahuan lokal yangmempengaruhi strategi PdP guru BKD. Kajian ini melibatkan 30 orang guru BKD di sekolah menengah didua daerah iaitu Tambunan dan Keningau Sabah. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan iaitu jenistinjauan dan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptifberdasarkan pembolehubah- pembolehubah kajian. Dapatan kajian menjelaskan perbezaan tahappengetahuan lokal guru BKD berdasarkan umur, guru berumur 50 tahun ke atas (min = 3.93, SP = .05)menunjukkan tahap pengetahuan lokal mereka lebih tinggi berbanding dengan guru BKD berumur 50 tahunkebawah. Sementara tahap pengetahuan lokal guru BKD berdasarkan pengalaman mengajar menunjukkan,guru BKD yang mengajar lebih daripada lapan tahun (min = 3.85, SP = .10) mempunyai pengetahuanlokal yang tinggi berbanding dengan guru BKD yang mempunyai pengalaman mengajar lapan tahunkebawah. Seterusnya, perbezaan pengetahuan lokal dalam kalangan guru BKD berdasarkan pengkhususanmenunjukkan guru BKD pengkhususan Bahasa Melayu (min = 3.84, SP = .09) mempunyai tahap pengetahuanlokal yang lebih tinggi berbanding dengan guru BKD pengkhususan subjek lain. Manakala analisiskolerasi pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana dan signifikan antarahubungan tahap pengetahuan lokal guru ( r = .524**, p = .003 ) dengan kemahiran berbahasa BKD.Sementara, keputusan analisis regresi pelbagai menunjukkan pengetahuan lokal guru BKD dengankemahiran berbahasa BKD menyumbang sebanyak 36.3% varians (R2 = .363) terhadap strategi PdP BKD.Kesimpulanya, kajian ini mendapati pengetahuan lokal tentang alam sekitar mempengaruhi PdP BKDberdasarkan umur, pengalaman mengajar dan pengkhususan. Implikasi kajian, menunjukkan PdP BKDberdasarkan pengetahuan lokal tentang alam sekitar perlu dikuasai oleh guru-guru BKD dan seterusnyadijadikan bahan rujukan kepada pihakberkaitan. |
---|