Hubungan di antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar kolej vokasional

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara konsep diri dansokongan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Vokasional Slim River. Sebelum itu,kajian itu juga mengkaji prestasi akademik mereka yang berasaskan jantina dan Status Sosioekonomi(SSE) mereka. Hasil analis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairunnisa Kamarulzaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4872
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara konsep diri dansokongan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Vokasional Slim River. Sebelum itu,kajian itu juga mengkaji prestasi akademik mereka yang berasaskan jantina dan Status Sosioekonomi(SSE) mereka. Hasil analisis Independent t-test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara prestasi akademik lelaki (M = 3.243, SP = 0.92) dan perempuan (M = 3.240, SP =1.16) pada t = 0.190, p = 0.05). Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikanantara prestasi akademik bagi kumpulan SSE tinggi, SSE sederhana dan SSE rendah yang ditentukanmelalui ujian ANOVA (F (2,88) = 12.088, p = 0.05). Sementara itu, keputusan analisis korelasiPearson Moment menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi akademik pelajardengan konsep diri (r = 0.960) dan sokongan ibu bapa (r = 0.901). Sebagai kesimpulan, konsep diridan sokongan ibu bapa merupakan faktor yang menentukan prestasi akademik pelajar Vokasional dan inimemberikan implikasi penting kepada pelbagai pihak untuk merangka programyang berkaitan dengan perkara tersebut.