Personaliti dan tahap prestasi kerja dalam kalangan guru prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dan prestasikerja dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lima item yang terdapat dalam model personalitiBig Five berpandukan teori personaliti Eysenck dan satu item prestasi kerja dalam kalangan guruprasekolah yang mengajar di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Ain Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4873
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dan prestasikerja dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lima item yang terdapat dalam model personalitiBig Five berpandukan teori personaliti Eysenck dan satu item prestasi kerja dalam kalangan guruprasekolah yang mengajar disekolah kementerian Pelajaran Malaysia daerah Manjung, Perak. Pendekatankuantitatif melalui kajian kes instrumental digunakan. Sampel kajian yang dipilih secara rawakterdiri daripada 56 orang guru prasekolah yang mengajar kanak-kanak enam tahun. Data yangdiperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan statistik deskriptif dan analisis korelasiPearson. Dapatan menunjukkan tahap personaliti Big Five openness (M=3.70, SP=0.43) adalah tahappaling tinggi dan diikuti dengan conscientouness (M=3.60, SP=0.30), extroversion (M=3.50, SP=0.40), agreeableness (M= 3.34, SP=0.50) dan neuroticism (M=3.31, SP=0.60) serta tahap bagi prestasikerja adalah (M=3.80, SP=0.44). Kajian ini menunjukkan kesemua ciri personaliti Big Five tidakmempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja, dimana extroversion dan prestasi kerja(r=-0.079, p=0.533) diikuti agreeableness (r=-0.049, p=0.515), conscientiousness (r=-0.173,p=0.190), neuroticism (r=-0.005, p=0.969) dan openness (r=-0.056, p=0.672). Sebagai kesimpulan,kajian menujukkan semua lima ciri personaliti Big five tidak berhubungan secara positif dan tidaksignifikan, ciri personaliti ini dapat ditingkatkan dan guru prasekolah haruslah mempunyaipersonaliti yang menarik dan melalui ciri personaliti ini, guru prasekolah dijadikan sebagai sumberrujukan kepada ibu bapa dan pihak-pihak tertentu. Implikasi kajian menunjukkan tiga aspek utamamengikut tahap ciri personaliti Big Five iaitu openness, conscientiousness dan extroversion tidakberhubung dengan prestasi kerja sebaliknya prestasi kerja sampelkajian dipengaruhi oleh factordemografi, Justeru, saranan dalam meningkatkan ciri personality dan tahap prestasi kerja dalamkalangan gutu prasekolah; pemilihan calon guru prasekolah serta kandungan latihan diinstitusi-institusi perguruan perlulah mengikut tahap ciripersonality Big Five dalam melahirkan guru yang lebih cemerlang.