Kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadap prestasi servis Bola Tampar

Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua tekn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amril Md. Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4988
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua teknik servis dalam permainan bola tampar iaitu servis bawah tangan dan servis atastangan. Seramai 45 orang pemain bola tampar telah dipilih dan diletakkan dalam salah satu daripadatiga kumpulan imageri (gerak pantas, gerak sebenar dan gerak perlahan). Pemain melakukan penilaianservis sebanyak dua kali (ujian pra dan ujian pasca). Instrumen yang digunakan dalam kajian iniialah borang soal selidik imageri pergerakan (MIQ-R), video modeling, audio imageri serta borangrekod percubaan servis. Dapatan kajian berdasarkan ujian t bersandar yang dijalankan telahmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalamketiga-tiga kumpulan imageri bersama video modelling iaitu gerak pantas [servis bawah (t=-5.228,p<0.05) servis atas (t=-2.905, p<0.05)], gerak sebenar [servis bawah (t=-5.676, p<0.05) servisatas (t=-9.872, p<0.05)] dan gerak perlahan [servis bawah (t=-4.009, p<0.05) servis atas(t=-12.913, p<0.05)] tetapi bagi ujian MANOVA bagi pencapaian pasca perbandingan di antaraketiga-tiga kumpulan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05). Kesimpulandaripada kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi pemain berlaku dalam semua kumpulan selepasintervensi imageri dengan tiga kelajuan dilakukan. Walaubagaimanapun perbezaan peningkatan prestasiini tidak begitu ketara perbezaannya antara kumpulan. Implikasi kajian ini, menunjukkan bahawalatihan imageri video modeling pelbagai kelajuan berguna dalam meningkatkan prestasi pemain bolatampar bagi kedua-dua servis atas dan bawah yang dilakukan. Namun, kelajuan imej yang berbezasemasa imageri termasuk ketika menggunakan video tidak memberi kesan yang besar kepadaperbezaanprestasi servis pemain.