Kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadap prestasi servis Bola Tampar

Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua tekn...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Amril Md. Hashim
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4988
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan melihat kesan latihan imageri video modeling pelbagai kelajuan terhadapprestasi servis bola tampar dalam kalangan pemain-pemain bola tampar perempuan bawah 15 tahun didaerah Klang. Kajian ini menyelidiki bagaimana tiga kelajuan imageri yang berbeza memberi kesanterhadap dua teknik servis dalam permainan bola tampar iaitu servis bawah tangan dan servis atastangan. Seramai 45 orang pemain bola tampar telah dipilih dan diletakkan dalam salah satu daripadatiga kumpulan imageri (gerak pantas, gerak sebenar dan gerak perlahan). Pemain melakukan penilaianservis sebanyak dua kali (ujian pra dan ujian pasca). Instrumen yang digunakan dalam kajian iniialah borang soal selidik imageri pergerakan (MIQ-R), video modeling, audio imageri serta borangrekod percubaan servis. Dapatan kajian berdasarkan ujian t bersandar yang dijalankan telahmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalamketiga-tiga kumpulan imageri bersama video modelling iaitu gerak pantas [servis bawah (t=-5.228,p<0.05) servis atas (t=-2.905, p<0.05)], gerak sebenar [servis bawah (t=-5.676, p<0.05) servisatas (t=-9.872, p<0.05)] dan gerak perlahan [servis bawah (t=-4.009, p<0.05) servis atas(t=-12.913, p<0.05)] tetapi bagi ujian MANOVA bagi pencapaian pasca perbandingan di antaraketiga-tiga kumpulan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05). Kesimpulandaripada kajian ini menunjukkan peningkatan prestasi pemain berlaku dalam semua kumpulan selepasintervensi imageri dengan tiga kelajuan dilakukan. Walaubagaimanapun perbezaan peningkatan prestasiini tidak begitu ketara perbezaannya antara kumpulan. Implikasi kajian ini, menunjukkan bahawalatihan imageri video modeling pelbagai kelajuan berguna dalam meningkatkan prestasi pemain bolatampar bagi kedua-dua servis atas dan bawah yang dilakukan. Namun, kelajuan imej yang berbezasemasa imageri termasuk ketika menggunakan video tidak memberi kesan yang besar kepadaperbezaanprestasi servis pemain.