Interaksi antara budaya dalam kalangan masyarakat mukim Telol, Sik, Kedah (MTSK)

Interaksi antara budaya merupakan satu proses pertemuan satu atau lebihbudaya asing ke atas masyarakat tempatan yang mewujudkan pola kehidupan yang beragam, diaspora danunik. Sebagai sebuah negara kepelbagaian etnik, interaksi antara budaya berlaku sepanjang prosespembinaan negara bangsa Malaysia de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Suhaimi A. Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4991
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Interaksi antara budaya merupakan satu proses pertemuan satu atau lebihbudaya asing ke atas masyarakat tempatan yang mewujudkan pola kehidupan yang beragam, diaspora danunik. Sebagai sebuah negara kepelbagaian etnik, interaksi antara budaya berlaku sepanjang prosespembinaan negara bangsa Malaysia dengan menggunakan pelbagai cara iaitu asmilasi, integrasi,amalgamasi dan akulturasi. Tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti proses interaksiantara budaya dalam kalangan masyarakat MTSK dan kesannya kepada cara hidup masyarakat di kawasantersebut. Kajian yang dijalankan menggunakan penyelidikan kualitatif merangkumi kaedah etnografiiaitu kerja lapangan, temubual, kaji selidik dan perpustakaan. Kajian ini turut melibatkan dualapisan umur masyarakat di MTSK iaitu golongan remaja dan golongan dewasa. Penelitian interaksiantara budaya telah melibatkan beberapa buah kampung yang didiami oleh etnik Melayu dan etnik Siam.Antaranya kampung Teloi Tua, kampung Batu Lima, kampung Changhai, kampung Charok Padang, kampungBandar Hilir, kampung Begia, kampung Charok Tok Uban, kampung Kerawai dan kampung Tupai. Hasilkajian menunjukkan bahawa interaksi antara budaya dalam kalangan MTSK berlaku dalam kalangan etnikMelayu, etnik Siam dan etnik Sam-sam. Interaksi antara budaya dalam kalangan MTSK berlaku melaluibeberapa proses iaitu persempadanan, migrasi penduduk, amalgamasi Melayu-Siam, akulturasi, perananpemerintah, institusi ibadat dan hubungan kekeluargaan. Kesan interaksi antara budaya, masyarakatMTSK mengalami pengukuhan budaya, pengamalan nilai dan budaya bersama, kemunculan etnik Sam-sam,pengamalan budaya etnik Cina dan konflik terkawal. Implikasi terhadap proses interaksi antarabudaya dalam kalangan masyarakat MTSK mampu memastikan kelangsungan survival khususnyadalam mempertahankan budaya yang diwarisi.