Wacana Kamalullah dalam kumpulan puisi Taman Takwa oleh Suhaimi Haji Muhammad

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalamkumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalamteori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azman Bado
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4992
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalamkumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalamteori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpulanpuisi Taman Takwa melibatkan 79 judul puisi berkaitan ketuhanan. Analisis kajian menggunakankaedah kualitatif yang diimplimentasi dengan bukti-bukti statistik subjektif, manakala datasekunder dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Dapatan kajian membuktikan konsep dan sifatKama>lulla>h sama ada berbentuk ma‘a>ni> atau ma‘nawi> berjaya diterapkan oleh penyair. Daripada504 frasa dan ungkapan Kama>lulla>h, 204 tergolong dalam sifat Qudrah, 94 sifat Ira>dah, 35 sifatKawnuhu sami>‘an, 30 sifat Sama„ dan 25 sifat Mukha>lafatuhu lil H{awa>dith. Dapatan jugamenunjukkan penyair menekankan pendekatan ma‘a>ni> berbanding ma‘nawi> dalam menyampaikansifat-sifat Kama>lulla>h menerusi puisinya. Kajian ini merumuskan bahawa puisi memiliki kekuatantersendiri dan berupaya menyampaikan sifat-sifat Kama>lulla>h dalam bentuk yang puitis yang tidakdapat dilakukan menerusi genre kesusasteraan yang lain. Implikasi kajian menjelaskan bahawapenyair muslim turut bertanggungjawab mendakwahi masyarakat dalam memahami konsep dan wacanaKama>lulla>h dengan cara memanfaatkan bakat kesenian, kreativiti dan kebijaksanaan mereka dalamberpuisi.