Kesan penggunaan teknik inkuiri penemuan berbanding tutorial terhadap pencapaian pelajar

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuiri penemuanberbanding tutorial ke atas pencapaian pelajar tingkatan dua, dalam mata pelajaran sains. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri daripada 60orang pelajar yang dipilih secara raw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Aziz Basri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4995
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuiri penemuanberbanding tutorial ke atas pencapaian pelajar tingkatan dua, dalam mata pelajaran sains. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri daripada 60orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga kelas di salah sebuah sekolah di daerah Jerantut.Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak seramai 30orang setiap kumpulan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan soalselidik.Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik inferens. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra dan ujian pos bagikumpulan rawatan (M=73.83, SD=9.029) dan kumpulan kawalan (M=56.10, SD=8.672) berdasarkan nilait(29) = 31.959, p<0.000. Kesimpulannya, penggunaan koswer teknik inkuiri penemuan telahmeningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran berbanding tutorial. Implikasi kajianmenunjukkan penggunaanteknik inkuiri penemuan sesuai diterapkan dalam pembangunan koswer sains.