Kajian terhadap tradisi pengebumian Klirieng di Tatau, Sarawak dari perspektif etnoarkeologi

Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan tradisipengebumian klirieng sebagai amalan pengebumian sekunder masyarakat Tatau di Tatau, Sarawak. Fokuskajian merangkumi sejarah asal-usul orang Tatau, kepercayaan yang diamalkan, kaedah pembuatanklirieng, fungsi dan analisis perlamb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rafidah Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5011
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan tradisipengebumian klirieng sebagai amalan pengebumian sekunder masyarakat Tatau di Tatau, Sarawak. Fokuskajian merangkumi sejarah asal-usul orang Tatau, kepercayaan yang diamalkan, kaedah pembuatanklirieng, fungsi dan analisis perlambangan di sebalik motif dan ukiran yang terdapat di bahagianpermukaan klirieng. Kajian ini juga melihat hubungan antara masyarakat Tatau dengan kliriengmelalui hubungan spiritual iaitu klirieng sebagai perlambangan kepada aspek cara fikir dan falsafahmasyarakat Tatau. Kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnoarkeologi iaitu cabang kepadailmu arkeologi digunakan untuk mendapatkan dan menganalisis data yang diperolehi. Tiga pendekatanyang dimaksudkan ialah pemerhatian di lapangan terhadap objek klirieng dan tapak pengebumian,temubual terhadap individu berautoriti seperti ketua adat, ketua rumah panjang dan juga penelitianterhadap rekod dan laporan serta penulisan terdahulu yang berkaitan dengan tradisi pengebumiansekunder. Penemuan daripada ketiga-tiga pendekatan tersebut dianalisis dan disintesis untukmenjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap proses dalam pengebumian kliriengbermula dari proses pembuatan klirieng, pemilihan dan pengukiran motif pada klirieng, prosesmenegakkan klirieng, sehinggalah kepada pantang larang sepanjang proses pengebumian kliriengmerupakan manifestasi yang menggambarkan cara fikir dan falsafah orang Tatau pada ketika itu.Dapatan ini secara langsung membuktikan bahawa wujudnya hubungan di antara klirieng denganmasyarakat Tatau sebagai pewaris amalan budaya pengebumian tersebut. Kesimpulan daripada kajianmenunjukkan bahawa amalan pengebumian klirieng ini memperlihatkan suatu tahap kreativiti, teknologidan cara fikir masyarakat Tatau yang dijelmakan melalui polahias yang diukir pada objek kliriengtersebut. Kajian ini juga mengesahkan bahawa objek klirieng yang terdapat di Tatau, Bintulu,Sarawak merupakan tinggalan budaya masyarakat tempatan iaitu masyarakat Tatau sepertimana yangtelah dilaporkan oleh beberapa penyelidik sebelum ini. Selain itu, kajian ini telah menambahbaikhipotesis taburan klirieng di Sarawak oleh Peter Metcalf yang sebelum ini tidak menjelaskan daerahTatau sebagai salah satu kawasan pengebumian sekunder yang menggunakanklirieng di Sarawak.