Pembangunan modul PRO-STEM bagi topik biodiversiti dan ekosistem serta kesannya terhadap KBAT dan kemahiran abad ke-21

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek yangdiintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Modul PRO-STEM) dalamtopik Biodiversiti dan Ekosistem serta mengkaji kesannya terhadap kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan kemahiran abad k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Huda Kasim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5021
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek yangdiintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Modul PRO-STEM) dalamtopik Biodiversiti dan Ekosistem serta mengkaji kesannya terhadap kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Kajian ini menggunakan kajian reka kuasi eksperimen bagi menilaikeberkesanan modul. Pembangunan modul PRO-STEM adalah berpandukan Model Pembangunan Modul Sidek.Modul PRO-STEM yang dibangunkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dengan indekskebolehpercayaan alfa Cronbach sebanyak 0.92. Kajian keberkesanan modul terhadap KBAT dan kemahiranabad ke-21 dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Batang Padang, Perak. Sampel kajianmelibatkan seramai 63 orang murid yang dipilih secara rawak kelompok, 33 daripadanya dalam kumpulanrawatan manakala lagi 30 orang murid berada dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalaniproses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan Modul PRO-STEM manakala kumpulankawalan pula menjalani PdP secara konvensional selama tujuh minggu. Ujian pra dan pasca KBAT sertakemahiran abad ke-21 ditadbirkan kepada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan analisisujian-t sampel bebas mendapati tiada perbezaan yang signifikan dari segi skor min ujian pra KBATantara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan (t(61)=-1.44, p=0.89). Walaubagaimanapun, keputusananalisis ujian-t sampel untuk ujian pasca KBAT menunjukkan perbezaan yang signifikan antarakumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan [t(61)=-2.61, p=0.01]. Ujian-t sampel bebas bagi ujian prakemahiran abad ke-21 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dengankumpulan rawatan (t(61)=0.78, p=0.44), manakala bagi ujian pasca kemahiran abad ke-21, kumpulanrawatan menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan (t(61)=-6.00,p=0.00). Kesimpulannya, penggunaan Modul PRO-STEM dalam PdP dapat meningkatkan KBAT dan kemahiranabad ke-21 dalam kalangan murid dengan signifikan. Implikasinya, pendekatan pembelajaran berasaskanprojek yang disepadukan dengan konsep STEM boleh digunakan sebagai salah satu pendekatan PdP bagimeningkatkan lagi kefahaman murid dalam mata pelajaran Sains.