Penilaian terhadap kualiti air bukit dan penggunaannya di lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia

Kajian ini bertujuan menilai kualiti air bukit mengikut standard kualiti air minumanyang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sertamenilai persepsi masyarakat terhadap kepenggunaan air bukit dalam kehidupan seharian. Lokasi kajiankualiti air bukit adala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Luqmanulhakim Abdul Rahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai kualiti air bukit mengikut standard kualiti air minumanyang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sertamenilai persepsi masyarakat terhadap kepenggunaan air bukit dalam kehidupan seharian. Lokasi kajiankualiti air bukit adalah di enam lokasi di tiga negeri iaitu Bukit Putus, Kuala Pilah dan KampungBatu, Rembau di Negeri Sembilan, Kuala Kubu Bharu dan Ulu Yam di Selangor serta Taman Tasik,Taiping dan Simpang Pulai, Ipoh di Perak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pengumpulandata primer melalui kerja lapangan di lokasi kajian dan edaran soal selidik untuk mendapatkanpersepsi masyarakat tahap kepenggunaan air bukit. Dalam kajian ini, pengukuran kualiti airdilakukan berdasarkan kepada parameter (KKM) dan turut dibandingkan dengan beberapa parameter lainseperti Indeks Kualiti Air Negara (IKA) dan World Health Organization (WHO). Selain itu terdapatbeberapa parameter logam berat seperti Kalsium dan Potassium menggunakan rujukan pengkaji kualitiair yang lain disebabkan standard yang ditetapkan oleh WHO tidak menyatakan secara spesifik untukparameter Kalsium dan Potassium. Pengujian kualiti air bukit dilihat kepada tiga aspek utama ialahsifat kimia air, kandungan logam berat dan bakteriologi di dalam air. Antara parameter logam beratyang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Zn, Mg, K, Cu, Na, Fe, Pb dan Cal. Manakala parameterbakteria ialah E-Coli. Pada masa yang sama, edaran borang kaji selidik digunakan untuk mendapatkanpersepsi pengguna mengenai status kualiti air bukit dan tahap serta jenis kepenggunaannya. Hasilkajian mendapati kualiti air bukit di semua lokasi kajian berada pada standard piawai air minumanKKM dan WHO dari segi kandungan kimia, logam berat dan kandungan bakteria di dalam air. Hal inibertepatan dengan persepsi penduduk yang mengatakan bahawa kualiti air bukit tersebut bersih danselamat digunakan untuk tujuan air minuman. Oleh itu, dicadangkan kepada pihak JAS, KKM dan PihakBerkuasa Tempatan (PBT) harus mengambil langkah yang proaktif dalam memelihara dan memulihara airbukit untuk tujuan kelangsungannya di masa hadapan agar ianya selamat digunakan untuk tujuanbekalan air minuman.