Intervensi integrasi sensori untuk murid autistik bermasalah tingkah laku di pra sekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah integrasi sensori sebagaiintervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik. Objektifkajian adalahuntuk mengenal pasti masalah tingkah laku, jenis aktiviti integrasi sensori yang berkesandan kesan intervensi terhadap tingkah laku m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zaidi Hassan@Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5038
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah integrasi sensori sebagaiintervensi untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid autistik. Objektifkajian adalahuntuk mengenal pasti masalah tingkah laku, jenis aktiviti integrasi sensori yang berkesandan kesan intervensi terhadap tingkah laku murid autistik. Pendekatan kualitatif denganreka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajiandijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan tiga orang murid autistik dan seorangguru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah yang mempunyai kelas prasekolah ProgramPendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Butterworth, Pulau Pinang. Tigajenis instrumen kajian digunakan iaitu senarai semak tingkah laku sensori, protokol temubual dan laporan sesi intervensi. Data pemerhatian, temu bual dan dokumen rasmidianalisis secara tematik menggunakan pendekatan Kahn dan Cannell. Dapatanpemerhatian telah menunjukkan empat masalah utama tingkah laku sensori yang dihadapimurid autistik iaitu tidak suka dipegang, sukar mengekalkan tumpuan, tidak dapat bersosialdan tiada hubungan mata ketika bercakap. Dapatan temu bual pula menunjukkan respondendapat bertingkah laku positif selepas enam kali sesi intervensi dijalankan. Seterusnyadapatan dokumen pula telah menunjukkan bahawa aktiviti melompat atas trampolinemerupakan aktiviti yang dapat membantu murid autistik bertingkah laku positif.Kesimpulan daripada kajian telah menunjukkan penggunaan kaedah integrasi sensorisebagai intervensi dapat mengurangkan masalah tingkah laku telah membantu muridautistik untuk bertingkah laku positif. Implikasi kajian ini menunjukkan aktiviti integrasisensori adalah sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran muridautistik bagi menggalakkan murid autistik bertingkah laku positif.