Hubungan antara gaya keibubapaan berpendidikan tinggi dengan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya keibubapaanberpendidikan tinggi dengan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika. Pendekatan kuantitatifdengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan lokasi kajian melibatkantiga buah tadika yang dipilih seca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rahayu Isha
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5063
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya keibubapaanberpendidikan tinggi dengan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika. Pendekatan kuantitatifdengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan lokasi kajian melibatkantiga buah tadika yang dipilih secara rawak dan bertujuan di daerah Petaling Utama, Selangor. Subjekkajian terdiri daripada 50 orang kanak-kanak tadika yang berumur enam tahun dan mempunyai ibu ataubapa yang berpendidikan tinggi. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaituParenting Practices Questionnaire (PPQ) dan Active Parenting Publisher (APP) untuk mengenal pastijenis gaya keibubapaan ibu bapa berpendidikan tinggi, dan The Sullivan Emotional Intelligent Scalefor Children (EISC) untuk melihat tahap kecerdasan emosi kanak- kanak tadika. Kajian ini jugamenggunakan Berkeley Puppet Interview (BPI) sebagai medium perantara semasa mengumpul data.Analisis deskriptif menjelaskan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika, manakala analisisinferensi pula melibatkan ujian korelasi yang menerangkan hubungan antara pembolehubah kajian.Dapatan kajian menunjukkan gaya keibubapaan yang paling tinggi adalah gaya keibubapaan autoritariandan tahap kecerdasan emosi keseluruhan kanak-kanak tadika berada di tahap yang sederhana. Analisiskorelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p = 0.000 < α 0.05 2-tailed) antarakesemua gaya keibubapaan (r autoritarian= 0.757, r autoritatif = 0.783, r permisif = 0.798) dengan tahap kecerdasan emosi kanak- kanaktadika di daerah Petaling Utama, Selangor. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapathubungan yang signifikan (p = 0.000 < α 0.05 2-tailed) antara gaya keibubapaan berpendidikan tinggi(autoritarian) dengan setiap domain dalam kecerdasan emosi (r tahu mengenal emosi = 0.590, r tahumemahami emosi = 0.575, r tahu mengawal emosi = 0.575, r tahu mengguna emosi = 0.448).Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapamemberi kesan kepada tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika. Implikasinya, kajian menunjukkanbahawa tahap kecerdasan emosi kanak-kanak tadika bergantungkepada jenis gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa mereka.