Keberkesanan strategi pengajaran menggunakan projektor ortogon terhadap pencapaian dalam topik pelan dan dongakan Matematik tingkatan 5

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon(PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahanmanipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi mengujikeberkesanannya terhadap p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Karmina Abd Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5074
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon(PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahanmanipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi mengujikeberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi topik Pelan dan Dongakan dalam subjek Matematiktingkatan 5. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca digunakanbagi menjawab soalan kajian. Seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah kelas tingkatanlima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Pelajar daripada kumpulanrawatan menjalani proses intervensi menggunakan PO manakala pelajar daripada kumpulan kawalan telahmelalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara tradisional. Dapatan kajian berdasarkananalisis ujian-t membuktikan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor kumpulan rawatan (M =86.40; SP = 5.667) skor kumpulan kawalan (M = 73.40; SP = 8.240); t(58) = 7.120, p < 0.05.Kesimpulannya, pelajar yang menjalani PdPc menggunakan PO menunjukkan pencapaian yang lebih tinggidalam topik Pelan dan Dongakan berbanding pelajar kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalahpenggunaan bahan manipulatif dalam PdPc membantu meningkatkan pemahaman sekaligus pencapaianpelajar dalam topik Pelandan Dongakan Matematik tingkatan 5.