Keberkesanan strategi pengajaran menggunakan projektor ortogon terhadap pencapaian dalam topik pelan dan dongakan Matematik tingkatan 5

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon(PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahanmanipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi mengujikeberkesanannya terhadap p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Karmina Abd Rahman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5074
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon(PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahanmanipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi mengujikeberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi topik Pelan dan Dongakan dalam subjek Matematiktingkatan 5. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca digunakanbagi menjawab soalan kajian. Seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah kelas tingkatanlima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Pelajar daripada kumpulanrawatan menjalani proses intervensi menggunakan PO manakala pelajar daripada kumpulan kawalan telahmelalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara tradisional. Dapatan kajian berdasarkananalisis ujian-t membuktikan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor kumpulan rawatan (M =86.40; SP = 5.667) skor kumpulan kawalan (M = 73.40; SP = 8.240); t(58) = 7.120, p < 0.05.Kesimpulannya, pelajar yang menjalani PdPc menggunakan PO menunjukkan pencapaian yang lebih tinggidalam topik Pelan dan Dongakan berbanding pelajar kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalahpenggunaan bahan manipulatif dalam PdPc membantu meningkatkan pemahaman sekaligus pencapaianpelajar dalam topik Pelandan Dongakan Matematik tingkatan 5.