Pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir dinasti Qing
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan novel Niehai Hua dalam konteksmasyarakat pada akhir Dinasti Qing. Teori lapangan Bourdieu telah diaplikasikan dalam kajian inidan novel Niehai Hua diletakkan dalam suatu lapangan yang berunsurkan masyarakat akhir Dinasti Qinguntuk membincang secara men...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5075 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan novel Niehai Hua dalam konteksmasyarakat pada akhir Dinasti Qing. Teori lapangan Bourdieu telah diaplikasikan dalam kajian inidan novel Niehai Hua diletakkan dalam suatu lapangan yang berunsurkan masyarakat akhir Dinasti Qinguntuk membincang secara menyeluruh tentang pengaruhnya terhadap penulisan novel Niehai Hua. Dapatankajian menunjukkan bahawa pengalaman kehidupan dan latar masyarakat yang dialami oleh Zeng Pu telahmempengaruhi pemikirannya dalam penulisan dan pembentukan tema novel ini. Kandungan yang dihuraikandalam novel Niehai Hua berkait rapat dengan realiti masyarakat, maka tema-tema novel ini telahmerangkumi kritikan mengenai kemerosotan politik akhir Dinasti Qing, pendedahan tentangpencerobohan kuasa- kuasa imperialisme serta pujian terhadap ideologi pembaharuan dan revolusi.Kesimpulan daripada kajian ialah pengaruh latar masyarakat akhir Dinasti Qing dan latar belakangkehidupan Zeng Pu terhadap penulisan Niehai Hua adalah penting untuk memahami pembentukan novel inisecara terperinci. Implikasi kajian ini dapat membantu kita untuk membuat penilaian semula tentangkedudukan novel akhir DinastiQing dalam kesusasteraan China. |
---|