Motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap indeks jisim tubuh dan personaliti

Kajian ini bertujuan meninjau motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat sertahubungannya terhadap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan personaliti. Reka bentuk tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian ialah 364 orang pelajar sekolah menengah daerah Rompin, Pahang iaitu 182orang aktif sukan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norliza Abd.Fatah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5077
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat sertahubungannya terhadap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan personaliti. Reka bentuk tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian ialah 364 orang pelajar sekolah menengah daerah Rompin, Pahang iaitu 182orang aktif sukan dan 182 orang aktif rekreasi. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan rawakdua peringkat. Soal selidik Assessing Your Wellness, Motives For Physical ActivitiesMeasure-Revised (MPAM-R) dan The Glazer-Stress Control Lifestyle digunakan untuk mengukur amalangaya hidup sihat, motif penglibatan dan personaliti. Omron Karada Scan Body Composition-HBF 358 danPortable Height Measure digunakan untuk mengukur IJT. Data dianalisis menggunakan statistikdeskriptif dan analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kedua-duakumpulan pelajar memilih keseronokan sebagai motif utama penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dariaspek amalan gaya hidup sihat pelajar aktif bersukan mengutamakan kesihatan fizikal berbandingpelajar aktif rekreasi mengutamakan kesihatan rohani. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubunganyang lemah antara amalan gaya hidup sihat dengan IJT pelajar aktif sukan (r = -.060) dan pelajaraktif rekreasi (r = .113). Selain itu, terdapat hubungan yang lemah antara motif penglibatan denganpersonaliti pelajar aktif sukan (r = .130) dan pelajar aktif rekreasi (r = -.065). Kesimpulannyamotif penglibatan kurang dipengaruhi oleh personaliti dan amalan gaya hidup sihat tidakmempengaruhi IJT dalam kalangan pelajar aktif sukan dan pelajar aktif rekreasi. Implikasinyapelajar perlu didadahkan dengan aspek psikologi dan kesihatan untukmenggalakkan mereka lebih komited melakukan aktiviti sukan.