Keberkesanan kaedah token ekonomi untuk meningkatkan pencapaian, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan Token Ekonomi untukmeningkatkan pencapaian, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sebuahSekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakandalam kajian ini. Data darip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yu, Chii Ding
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5078
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan Token Ekonomi untukmeningkatkan pencapaian, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sebuahSekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakandalam kajian ini. Data daripada pemerhatian dan temubual juga digunakan untuk menyokong datakuantitatif. Pemilihan subjek kajian melibatkan 63 orang murid tahundua di sebuah sekolah DaerahKlang, Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 31 orang murid kumpulan rawatan dan 32 orang muridkumpulan kawalan. Data kuantitatif diperoleh daripada ujian pra dan pasca, soal selidik dan kuiz,manakala data kualitatif diperoleh daripada pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis denganmenggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif menjelaskan kekerapan, min,sisihan piawai, manakala statistik inferens melibatkan ujian-t bebas. Dapatan kajian mendapatibahawa terdapat peningkatan pencapaian yang signifikan pada kumpulan rawatan (M=76.35, SP=17.86)berbanding kumpulan kawalan (M=62.50, SP=17.20), t(61)=-3.13, p<0.01. Dapatan kajian juga mendapatibahawa tahap motivasi murid kumpulan rawatan (M=3.89, SP=0.32) adalah lebih tinggi daripadakumpulan kawalan (M=3.15, SP=0.19), t(59)=11.08, p<0.01. Analisis penglibatan murid dalampembelajaran dari data pemerhatian menunjukkan kadar penglibatan yang lebih tinggi pada kumpulanrawatan (M=4.00, SP=0.38) berbanding kumpulan kawalan (M=3.04, SP=0.47), t(59)= 8.81, p<0.01. Datatemu bual menunjukkan bahawa murid seronok belajar apabila Token Ekonomi digunakan. Kajian inimenunjukkan bahawa penggunaan Token Ekonomi dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam Bahasa Melayu. Selain daripada itu, penggunaan Token Ekonomi juga mempunyaikesan positif terhadap pembelajaran murid bahasa Melayu dari segipencapaian, motivasi dan penglibatan dalam pembelajaran.