Reka bentuk hijab menerusi gaya fesyen kontemporari sekitar tahun 2003 hingga tahun 2013 di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan reka bentuk hijab menerusi nilaifesyen kontemporari yang fokus kepada reka bentuk dan gaya fesyen hijab dari tahun 2003 hingga2013. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual dan analisis dokumen sebagaipanduan bagi mengumpul maklumat.Pemi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5085 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan reka bentuk hijab menerusi nilaifesyen kontemporari yang fokus kepada reka bentuk dan gaya fesyen hijab dari tahun 2003 hingga2013. Menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual dan analisis dokumen sebagaipanduan bagi mengumpul maklumat.Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persempelan melaluikaedah persempelan bebola salji. Seramai tiga orang respondan yang terlibat iaitu dua orang daripereka hijab di Malaysia dan seorang dari penulis buku hijab. Kandungan illustrasi yang diambildianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Laporan hasil kajian meliputi aspek illustrasipemakaian hijab mengikut tahun dari 2003 hingga tahun 2013 melalui reka bentuk hijab, lukisanteknikal, ukuran sebenar hijab, warna dan jenis fabrik serta pengaruh dalam pemakaian hijab.Analisis deskriptif menjelaskan bahawa reka bentuk hijab sepanjang tempoh sepuluh tahun menunjukkanperubahan dari segi fesyen dan gaya, manakala bentuk fizikal hijab masih kekal seperti tahunsebelumnya iaitu sehelai kain yang boleh dipin atau dijahit tengah untuk mendapatkan bentuk hijabnamun diperhalusi dengan inovasi yang lebih mudah digayakan dengan pemilihan fabrik yang tidakrenyuk, reka bentuk yang terkini, serta gabungan warna yang bersesuaian mengikut cuaca di Malaysia.Analisis melalui hubungan antara fesyen dan matlamat sebenar berhijab jelas menunjukkan pemakaianhijab kini mengalami pergeseran dari sebuah manifestasi perilaku menjalankan tuntutan agama danmode berfesyen. Ini adalah kerana ada sesetengah reka bentuk hijab dan gayaannya tidakmenepati syariat Islam. |
---|