Kesan intervensi gabungan self-talk, imageri dan video-modelling terhadap prestasi anaerobik, respon kadar nadi dan self-efficacy

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan intervensi gabungan self-talk, imageridan video-modelling yang berbentuk instruksional dan motivasi terhadap prestasi anaerobik, responkadar nadi dan self-efficacy. Tiga puluh orang pelajar lelaki aktif semester 1 Fakulti Sains Sukandan Kejurulatihan, U...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nursahaniza Sato
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5089
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan intervensi gabungan self-talk, imageridan video-modelling yang berbentuk instruksional dan motivasi terhadap prestasi anaerobik, responkadar nadi dan self-efficacy. Tiga puluh orang pelajar lelaki aktif semester 1 Fakulti Sains Sukandan Kejurulatihan, UPSI yang dipilih setelah berjaya menjalani ujian Penilaian Keupayaan Imageridalam Sukan versi Bahasa Melayu (SIAM-M) dengan mendapat skor di antara sederhana ke tinggi.Peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak iaitu kumpulan self-talk instruksional(n=15) dan kumpulan self-talk motivasi (n=15). Kumpulan instruksional dan motivasi telah menjalaniintervensi selama empat minggu iaitu dua belas sesi dengan kekerapan tiga kali seminggu. Kesemuapeserta kajian menjalani ujian pra dan pasca dalam protokol ujian Wingate 30 saat bagi mengukurpeak power, total work, fatigue index, maximum heart rate, average heart rate dan self-efficacy.Setelah tamat ujian pasca, kumpulan instruksional dan motivasi diberikan soalan kesahan sosialuntuk dijawab dalam tempoh seminggu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan mixed-design ANOVA. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan diantara kedua-dua kumpulandimana, kumpulan instruksional yang memberi kesan utama dalam peningkatan skor dalam peak power dantotal work di seluruh dua tempoh masa (ujian pra dan pasca). Bagi self-efficacy pula, kedua-duakumpulan menunjukkan kesan utama dalam peningkatan skor di antara kumpulan. Namun, fatigue index,maximum heart rate dan average heart rate tidak menunjukkan perbezaan signifikan. Oleh itu,intervensi self-talk, imageri dan video-modelling berbentuk instruksional dan motivasi dapatmembantu seseorang individu mendapatkan maklumat dengan lebih tepat mengenai sesuatu kemahirandengan lebih spesifik dan meningkatkan tahap keyakinan diri semasa melakukan ujian Wingate 30 saat.Keseluruhannya, kajian inisangat bermanfaat bagi meningkatkan kapasiti anaerobik dan self-efficacy.