Keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran komunikasi Matematik pelajar sekolah menengah pertama

Kajian ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalammeningkatkan kemahiran komunikasi matematik pelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser,Indonesia. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan pelajarkelas VII seramai 183 daripada tiga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hadijah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5090
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalammeningkatkan kemahiran komunikasi matematik pelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser,Indonesia. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan pelajarkelas VII seramai 183 daripada tiga sekolah menengah pertama, masing-masing mewakili pelajar bagisekolah berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah sesuai dengan keputusan Jabatan PendidikanBandar Paser. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra-pasca, soal selidik danborang semak pemerhatian. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-tsampel berpasangan, ujian ANOVA sehala, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menggunakan ujian-tmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran komunikasi matematik kumpulanrawatan berbanding dengan kumpulan kawalan pada semua tahap pencapaian pelajar sekolah menengahpertama (tinggi, sederhana dan rendah). Nilai ujian-t pada sekolah berpencapaian tinggi t(58)=10.15, p< 0.05, nilai ujian-t pada sekolah berpencapaian sederhana t(56)= 10.97, p< 0.05, dannilai ujian-t pada sekolah berpencapaian rendah t(63)= 14.05, p<0.05. Manakala berdasarkan ujianANOVA sehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran komunikasimatematik pada kumpulan rawatan antara ketiga-tiga sekolah dengan nilai F(89) = 287.96, p < 0.05.Berdasarkan hasil pemerhatian didapati bahawa terdapat perbezaan antara kumpulan rawatan dankawalan, dengan pelajar kumpulan rawatan lebih aktif dalam menyampaikan idea matematik. Pelajarsekolah berpencapaian tinggi memiliki kemahiran komunikasi matematik yang baik, yang dikenal pastipada beberapa aspek dan indikator pemerhatian yang tercapai oleh pelajar semasa proses pembelajaranberbanding pelajar sekolah berpencapaian sederhana dan rendah. Kesimpulannya, pembelajaran denganmenggunakan pendekatan konstruktivisme berkesan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi matematikpelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser. Implikasi kajian ini mencadangkan supayapendekatan konstruktivisme digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran matematik bagimeningkatkan pencapaian kemahiran komunikasi matematik pelajar.