Tahap kefahaman dan salah konsep pelajar prauniversiti zon timur dalam topik keelektrikan dan kemagnetan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman dan salah konsep pelajarprauniversiti Zon Timur dalam topik Keelektrikan dan Kemagnetan (EM). Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif iaitu kaedah tinjauan. Kajian dimulakan dengan mengadaptasi instrumen ConceptualSurvey in Electricity and...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ariff Ab Ghani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5091
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman dan salah konsep pelajarprauniversiti Zon Timur dalam topik Keelektrikan dan Kemagnetan (EM). Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif iaitu kaedah tinjauan. Kajian dimulakan dengan mengadaptasi instrumen ConceptualSurvey in Electricity and Magnetism (CSEM) dengan terjemahan CSEM dari bahasa Inggeris ke bahasaMelayu diikuti dengan proses kesahan dan kebolehpercayaan. Instrumen yang telah diadaptasi inidikenali sebagai Conceptual Survey in Electricity and Magnetism in Malay version (CSEMy)mengandungi 32 soalan berbentuk aneka pilihan dengan lima pilihan jawapan yang disediakan mengikutformat peperiksaan awam peringkat prauniversiti di Malaysia. CSEMy ditadbir ke atas 267 respondenmenggunakan teknik pensampelan rawak kluster. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif daninferens iaitu nilai purata, sisihan piawai dan Ujian-t sampel bebas. Bagi penentuan salah konsep,setiap jawapan dinilai menggunakan Certainty Response Index (CRI) dengan skala enam poinberbantukan analisis penentuan matriks keputusan. Dapatan kajian menunjukkan instrumen CSEMy adalahsah dan boleh dipercayai dengan nilai purata indeks kesukaran soalan berada dalam julat 0.2 dan0.3. Manakala nilai purata pekali korelasi titik biserial berada dalam julat 0.1 hingga 0.3 bagisetiap kumpulan sub-topik yang diuji. Tahap kefahaman pula berada pada tahap rendah dengan nilaipurata dan sisihan piawai (M=23.3, SD=7.0). Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yangsignifikan tahap kefahaman berdasarkan jantina [t (263) = 2.78, p = .01]. Salah konsep pelajardikenal pasti melalui padanan jawapan pilihan salah popular dengan CRI0 > 2.5 dan didapati pelajarmenghadapi salah konsep dalam tiga kumpulan sub-topik yang berbeza iaitu daya dan cas elektrik(ECF), hukum Newton dalam elektromagnet (NLE) dan daya dan medan elektrik (EFF). Kesimpulan kajianmenunjukkan CSEMy dapat mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep pelajar prauniversiti ZonTimur dalam topik EM. Implikasinya, CSEMy sesuai digunakan untuk penentuan konsep EM dalam kajiantempatan untuk perbandingan setara di peringkat antarabangsa kerana faktor kesukaran bahasa tidaklagi menjadi isu. Pendidik juga dapat menggunakan CSEMy bagi mengenal pasti salah konsep yangmungkin berbeza bagi kohort atau kumpulan pelajar yang berbeza lalu merancang strategi pengajaranyang sesuai untuk mengatasinya.