Pengaruh faktor makroekonomi terpilih dan harga minyak mentah dunia terhadap pasaran saham mengikut sektor di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor pemboleh ubahmakroekonomi (kemeruapan kadar pertukaran asing, pulangan kadar pertukaran asing dan kadarinflasi) dan faktor harga minyak mentah dunia terhadap pulangan pasaran saham bagi sembilan sektorterpilih di Malaysia. Kajian ini juga mengk...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Kamarul Azriq Yusof
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5093
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor pemboleh ubahmakroekonomi (kemeruapan kadar pertukaran asing, pulangan kadar pertukaran asing dan kadarinflasi) dan faktor harga minyak mentah dunia terhadap pulangan pasaran saham bagi sembilan sektorterpilih di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji pengaruh faktor luar jangkaan iaitu krisis ekonomidunia pada tahun 2008, terhadap pulangan pasaran saham di Malaysia. Dengan mengadaptasi KaedahKuasa Dua Terkecil (KKDT) dalam pembentukan model penganggaran, data siri masa berfrekuensi bulananbermula September 2003 hingga November 2016 telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawaharga minyak mentah dunia memberi pengaruh yang berbeza merentasi sektor dan regim krisis duniayang dibentuk. Misalnya, pada regim sebelum krisis ekonomi dunia, harga minyak mentah duniamemberikan pengaruh positif dan siginfikan terhadap sektor Perindustrian ( =.090, <.01). Sebaliknya, selepas krisis ekonomi dunia, harga minyak mentah dunia memberikanpengaruh yang positif dan signifikan terhadap sektor yang lain iaitu sektor Perladangan ( =.143, <.01) dan Kewangan ( = .100, <.01). Selain itu,dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah makroekonomi turut memberikan peranan yang berbezamerentasi regim krisis dunia dan sektor. Kesimpulannya, kebanyakan pulangan sektor di Malaysiaadalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia. Namun, tidak di nafikan faktormakroekonomi seperti faktor kemeruapan kadar, pertukaran asing dan kadar inflasi turut juga dapatmemberikan pengaruh terhadap pulangan sektor di Malaysa. Implikasi kajian ini adalah penting kepadapara pelabur dan bakal pelabur, kerana ia dapat membantu dalam membuatkeputusan pelaburan bagi sesuatu sektor.