Perkaitan di antara corak orientasi matlamat tahap kebimbangan dan tahap keagresifan pemain bola baling bawah 18 terhadap pencapaian prestasi

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh corak orientasi matlamat, tahapkebimbangan, keyakinan diri, keagresifan dan kesannya terhadap pemain bola balingbawah 18 tahun. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan menggunakan soal selidikTask and Ego Orientation in Sport Questionaire (TEOSQ),...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Aishah Md Yusop
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5118
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh corak orientasi matlamat, tahapkebimbangan, keyakinan diri, keagresifan dan kesannya terhadap pemain bola balingbawah 18 tahun. Rekabentuk kajian adalah kaedah tinjauan menggunakan soal selidikTask and Ego Orientation in Sport Questionaire (TEOSQ), The Competetive AnxietyInventory 2 (CSAI-2) dan The Judgement About Moral Behavior in Youth SportQuestionaire (JAMBYSQ). Responden kajian adalah atlet bola baling bawah 18 tahunyang mewakili lapan buah daerah di Negeri Sembilan pada tahun 2014 (n = 192, 96lelakidan 96 perempuan). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, kekerapan,min dan sisihan piawai), statistik inferens ujian-t dan regresi berganda. Dapatan kajianmenunjukkan corak orientasi tugasan atlet bola baling perempuan adalah lebih tinggiberbanding atlet lelaki bagi kedua-dua orientasi tugasan (p(p<0.01). Analisis ujian-t menunjukkan atlet bola baling perempuan mempunyai tahapkebimbangan kognitif ( p<O.OI) dan somatik (p<0.01) yang lebih tinggi berbanding atletlelaki. Namun, dari aspek keyakinan diri, atlet bola baling lelaki mempunyai tahapkeyakinan diri yang lebih tinggi berbanding atlet perempuan (p<O.OI). Seterusnya, dariaspek tahap keagresifan pula, dapatan kajian menunjukkan atlet perempuan lebihcenderung untuk melakukan tindakan agresif berbanding atlet bola baling lelaki. Dapatankajian juga menunjukkan bahawa orientasi matlamat mempengaruhi pencapaian prestasiatlet bola baling lelaki dan perempuan (R2 = .012). Kesimpulannya, orientasi matlamatmempengaruhi prestasi atlet bola baling, manakala tahap kebimbangan (kognitif dansomatik), keyakinan diri dan tindakan agresif tidak mempengaruhi pencapaian prestasiatlet. Implikasinya jurulatih perlu memberi penekanan terhadap orientasi matlamattugasan berbanding orientasi ego.