Nilai pendidikan untuk remaja dalam petatah petitih Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai pendidikan untuk remaja dalam pepatahpetitih Negeri Sembilan. Pepatah petitih yang dikaji ialah pepatah petitih yang pernahke udara dalam Radio Malaysia NEGERIfm sejak tahun 2011 hingga 2015. Dalamkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marzila Jaafar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5193
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai pendidikan untuk remaja dalam pepatahpetitih Negeri Sembilan. Pepatah petitih yang dikaji ialah pepatah petitih yang pernahke udara dalam Radio Malaysia NEGERIfm sejak tahun 2011 hingga 2015. Dalamkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Asas dan dasarkepada kajian ini dirungkai melalui empat prinsip Teori Teksdealisme oleh ManaSikana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pepatah petitih Radio MalaysiaNEGERIfm didefinisikan sebagai susunan kata yang mengandungi pengajaran, teladandan nasihat yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan, disusun oleh orang yangbijak pandai secara berkias dan benar kandungannya. Isi kandungannya pula terdiridaripada adat resam, undang-undang adat, peraturan, perbilangan, bidalan dan pelbagailagi. Bentuknya pula tidak lagi terikat iaitu ringkas, pendek namun ada juga yangberangkap panjang. Dapatan kajian juga menunjukkan keseluruhan 17 nilai murnipendidikan berjaya diserapkan dalam pepatah petitih Radio Malaysia NEGERIfmdengan nilai murni hormat mendominasi nilai-nilai yang lain iaitu 16% diikuti nilaikerajinan 14.2% dan nilai kejujuran iaitu 10.8%. Tiga nilai yang paling kurang diberipenekanan ialah nilai keberanian 1.4%, nilai berdikari 0.9% dan nilai kebebasan 0.5%.Melalui huraian tema sosiobudaya, tema sosiopolitik dan tema sosioekonomi pulamenunjukkan bahawa pepatah petitih boleh memainkan peranannya dalammenyampaikan setiap intipati dalam adat perpatih secara tersusun, cantik dan halus.Implikasi kajian menunjukkan pepatah petitih yang sarat dengan nilai-nilai murni dapatmembentuk remaja supaya mempunyai jati diri yang kukuh. Kajian yang lebihkomprehensif perlu dilaksanakan untuk mengekalkan nilai-nilai yang dominan dandiberikan pengukuhan kepada nilai-nilai yang lemah supaya pepatah petitih ini dapatdikembangkan dan dipupuk penggunaannya kepada golongan remaja dalam usahamembangunkan bangsa.