Pengaruh mekanisme sokongan sosial terhadap status kesihatan mental atlet pelajar di sekolah sukan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhimekanisme penerimaan sokongan sosial terhadap tahap kesihatan mental atlet yangmerangkumi masalah kemurungan, kebimbangan dan stres khususnya dalamkalangan atlet pelajar di Sekolah Sukan Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Juhaida Basri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5203
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhimekanisme penerimaan sokongan sosial terhadap tahap kesihatan mental atlet yangmerangkumi masalah kemurungan, kebimbangan dan stres khususnya dalamkalangan atlet pelajar di Sekolah Sukan Malaysia. Pengkaji menggunakan pendekatankuantitatif dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata untuk memilih300 orang atlet pelajar daripada tiga buah sekolah sukan. Atlet pelajar yang terlibatdalam kajian ini adalah (lelaki = 158, perempuan = 148). Satu set borang soal selidikyang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, faktor demografi. Bahagian B,Perceived Social Support Questionnaire (PSS-Q) dan bahagian C, Depression AnxietyStress Scale (DASS) digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan sosialdaripada keluarga terhadap kemurungan (r = -.36, p <.01) dan kebimbangan (r = -.32,p <.01). Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara sokongan sosialdaripada keluarga (r = -.27, p <.01) dan jurulatih (r = -.21, p <.01) terhadap stres.Manakala, sokongan sosial daripada rakan tidak mempunyai hubungan yangsignifikan terhadap kemurungan (r = -.19, p <.01), kebimbangan (r = -.15, p <.05) danstres (r = -.14, p <.05). Kesimpulannya, sokongan sosial daripada keluarga sangatmempengaruhi status kemurungan (= -.34, p= .00), kebimbangan (= -.30, p= .00)dan stres (= -.22, p= .00) dalam kalangan atlet pelajar. Selain itu, sokongan sosialdaripada jurulatih juga mempengaruhi status stres (= -.13, p= .04) dalam kalanganatlet pelajar. Implikasi kajian ini dapat memberi input kepada keluarga dan jurulatihtentang kewujudan masalah kesihatan mental dalam kalangan atlet pelajar. Keluargadan jurulatih seharusnya menyedari peningkatan masalah ini serta membantu atletpelajar mengatasinya secara berkesan.