Hubung kait penilaian kualiti imej digital dengan kualiti peruasan dalam kegunaan penglihatan komputer

Bidang peruasan imej merupakan salah satu komponen yang kritikal di dalamkebanyakan aplikasi penglihatan komputer dan sistem dapatan kembali maklumat.Peruasan biasanya digunakan untuk memisahkan imej ke dalam kawasan yangmempunyai kepentingan semantik, sekaligus menyediakan maklumat tertinggi padapr...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Tasnim Mahamud
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5204
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Bidang peruasan imej merupakan salah satu komponen yang kritikal di dalamkebanyakan aplikasi penglihatan komputer dan sistem dapatan kembali maklumat.Peruasan biasanya digunakan untuk memisahkan imej ke dalam kawasan yangmempunyai kepentingan semantik, sekaligus menyediakan maklumat tertinggi padaproses seterusnya mengenai struktur imej tersebut. Walau bagaimanapun, kaedahperuasan sedia ada mempunyai masalah dalam menghasilkan peruasan yangsempurna bagi sesetengah keadaan imej. Keadaan kualiti imej yang digunakan semasaproses peruasan merupakan faktor yang dikenalpasti berdasarkan kajian ini. Oleh itu,matlamat kajian adalah untuk melihat hubungan yang terdapat pada kualiti imejdengan keberkesanan kaedah peruasan dalam memisahkan objek yang dipilihdaripada latar belakang imej dengan sempurna. Terdapat dua fasa utama di dalampembangunan kajian ini iaitu penilaian kualiti imej digital dan penggunaan algoritmaperuasan interaktif. Penilaian Kualiti Imej Digital (PKID) digunakan untuk mengukurkualiti imej dengan menggunakan empat metrik yang dipilih. Kemudian, hasilperuasan yang menggunakan empat peruasan interaktif diukur kualiti peruasannyadengan pengukuran ketepatan sempadan dan objek. Akhir sekali, hubungan sekaitandi antara skor kualiti imej dengan kualiti hasil peruasan dinilai bagi melihat sama adakualiti imej benar-benar memainkan peranan penting semasa proses peruasan imej.Analisis daripada keputusan kajian ini menunjukkan algoritma peruasanmenghasilkan prestasi yang baik pada imej yang mempunyai skor PKID yangsederhana. Namun demikian, kualiti hasil peruasan terus merosot apabila kualiti imejsemakin teruk terutamanya bagi imej yang mempunyai degradasi jenis hingar danmampatan Joint Photographic Experts Group (JPEG). Dapatan ini menunjukkanmasalah yang biasa dihadapi semasa proses peruasan dan hal ini mendorong kepadacadangan kajian pada masa akan datang yang melibatkan pembenaman sistem PKIDke dalam aplikasi-aplikasi yang menggunakan peruasan dalam kegunaan penglihatankomputer.