Faktor peramal dalam model ramalan mengenal pasti bakat sukan bola sepak dalam kalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun

Kajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalamkalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkanresponden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistikdeskriptif dilaporkan dalam bentuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Hafiz Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5229
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalamkalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkanresponden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistikdeskriptif dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Analisis statistik inferensidigunakan bagi melaporkan status kebolehpercayaan, ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-tsampel berpasangan dan analisis regresi berganda. Pada amnya terdapat perbezaan min ketinggian, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, orientasi tugasan, kebimbangan kognitif, keyakinan diri, kemahiran menimang, kemahiran hantarandekat, kemahiran menggelecek dan kemahiran menjaring bagi 20 pemain bola sepak elit dan pemain bolasepak sub elit. Sehubungan itu, terdapat perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujianpos ke atas tiga belas pemboleh ubah iaitu ketinggian, berat badan, peratusan lemak, kekuatan otot,daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, BMI, orientasi tugasan, kemahiran menimang, kemahiran hantaran dekat, kemahiran hantaran jauh dan kemahiran menggelecek. Berpandukan kepada faktor peramal pertama (fizikal), faktor peramal kedua (kecergasan), faktor peramal ketiga (psikologi) dan faktor peramal keempat (kemahirandalam pemainan bola sepak) yang disandarkan kepada bakat sukan bola sepak, empat ModelRegresi Berganda dihasikan. Bagi faktor peramal pertama (fizikal) menyumbang sebanyak 53.5 peratusdisokong oleh peramal ketinggian dan peratus lemak dalam bakat bola sepak. Peramal kedua(kecergasan) menyumbang sebanyak 63.2 peratus dan peramal ketiga (psikologi) menyumbang sebanyak 66.4 peratus kepada bakat bola sepak. Manakala peramal keempat (kemahiran)menyumbang sebanyak 59.0 peratus kepada bakat bola sepak. Keempat-empat Model RegresiBerganda mampu menjadi panduandalam pemilihan bakat permainan bola sepak akan datang.