Analisis genre dan akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalamperibahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah bukuberdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abang Patdeli Abang Muhi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5231
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalamperibahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah bukuberdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalahuntuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akalbudi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Zaba dan Teori Semantik Geoffrey Leechdiaplikasikan dalam kajian ini. Teori Zaba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsiperibahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Datakualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asliBahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan ialah tokoh rujukan yang berusia, berwibawadan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialahpenulis dua buah buku pantun Melayu Sarawak. Dapatan kajian kepustakaan dan temu bualdengan informan mendapati 1,373 rangkap peribahasa Melayu Sarawak. Berdasarkan genreditemukan simpulan bahasa sebanyak 964 rangkap, pepatah atau bidalan 266 rangkap, perumpamaan 91rangkap, nilai kepercayaan 46 rangkap dan pantun dua baris berima sebanyak 6 rangkap. Genre yangpaling dominan ialah simpulan bahasa, namun tidak terdapat peribahasa jenis perbilangan dan lidahpendeta. Kajian juga mendapati aspek akal budi dalam peribahasa Melayu Sarawak menunjukkan pelbagaitema dan makna yang muncul berkaitan dengan ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, budaya,pandangan hidup dan daya cipta. Implikasi penting kajian ini ialah 1,373 rangkap peribahasa ituboleh diterbitkan, dijadikan artifaksastera dan budaya serta sumber kajian tentang masyarakat Melayu Sarawak.