Alam percintaan dan alam rumah tangga dalam novel terpilih Tamil dan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta membandingkan alam percintaan dan alam rumahtangga serta menganalisis aspek pengukuhan percintaan dan kegagalan rumah tangga dalam novelterpilih Tamil dan Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedahanalisis kandungan dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5235 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta membandingkan alam percintaan dan alam rumahtangga serta menganalisis aspek pengukuhan percintaan dan kegagalan rumah tangga dalam novelterpilih Tamil dan Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedahanalisis kandungan dan analisis diskriptif. Analisis dan perbincangan dibuat berpandukansembilan prinsip teori Kalaviyal dan lima prinsip teori Karpiyal. Dapatan kajianmenunjukkan terdapat tiga aspek alam rumah tangga dalam novel Tamil dan lima dalamnovel Melayu, manakala tujuh aspek alam percintaan dalam kedua-dua buah novel tersebut. Dalam sudut perbandingan pula, terdapat persamaan dalam enam aspek alampercintaan dalam kedua-dua novel manakala bagi aspek alam rumah tangga pula terdapat dua perbezaandalam novel Tamil dan empat perbezaan dalam novel Melayu. Selain itu, kajian ini juga menemuilapan aspek pengukuhan percintaan dan sepuluh aspek kegagalan rumah tangga dalam kedua-duanovel tersebut. Kesimpulanya, masyarakat Tamil dan Melayu mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu dalam kehidupan alam percintaan dan alam rumah tangga. Implikasinya,pemahaman nilai-nilai persamaan dalam aspek alam percintaan dan alam rumah tangga yang dimilikioleh masyarakat Tamil dan Melayu di Malaysia penting sebagai panduan memahami masyarakatdinegara ini. |
---|