Hubungan antara amalan pengajaran guru dan sikap pelajar dengan pencapaian Ekonomi Asas di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Pulau Pinang

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan amalan pengajaran guru mengikut persepsipelajar dan sikap pelajar terhadap pencapaian Ekonomi Asas di antara Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) di Pulau Pinang. Persampelankajian terdiri daripada 125 pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sashi Kala Krishnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5286
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan amalan pengajaran guru mengikut persepsipelajar dan sikap pelajar terhadap pencapaian Ekonomi Asas di antara Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) di Pulau Pinang. Persampelankajian terdiri daripada 125 pelajar Tingkatan 5 daripada empat buah sekolah SMK dan 125 pelajarTingkatan 5 daripada tiga buah sekolah SMJK di Pulau Pinang. Kajian menggunakan kaedah tinjauandan data diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu amalan pengajaran guru mengikut persepsi pelajar yang dibangunkan berdasarkan instrumen soal selidik Wan Mohd RaniAbdullah, (1989) dengan nilai alpha Cronbach 0.875 dan sikap pelajar terhadap Ekonomi Asas yangdibangunkan berdasarkan instrumen soal selidik Soper dan Walstad (1983) dengan nilai alphaCronbach 0.866. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS dan bagi mengujihipotesis kajian, ujian-t dan analisis korelasi Pearson digunakan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan di antara SMK dan SMJK dalam amalanpengajaran guru dan sikap pelajar terhadap Ekonomi Asas. Ujian korelasi menunjukkan terdapathubungan yang signifikan di SMK bagi amalan pengajaran guru dan pencapaian pelajar dalamEkonomi Asas manakala di SMJK tidak terdapat hubungan yang signifikan. Begitu juga dengansikap pelajar terhadap Ekonomi Asas dan pencapaian pelajar yang menunjukkan hubungan yangsignifikan di SMK manakala di SMJK tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Oleh itu bolehdirumuskan bahawa amalan pengajaran guru dan sikap pelajar terhadap Ekonomi Asas tidakmempengaruhi perbezaan keputusan pencapaian pelajar Tingkatan 5 dalam Ekonomi Asas di SMKdan SMJK di Pulau Pinang.