Ciri-ciri insan kamil dalam teks Sulalatus Salatin berdasarkan teori takmilah

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri insan kamil raja dan pembesar dalamteks Sulalatus Salatin. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan dan menganalisisteks sebagai kaedah utama. Peristiwa-peristiwa terpilih dianalisis mengikut landasanPrinsip Kedua Teori Takmilah, iaitu Prins...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Faridah Leong Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5301
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri insan kamil raja dan pembesar dalamteks Sulalatus Salatin. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan dan menganalisisteks sebagai kaedah utama. Peristiwa-peristiwa terpilih dianalisis mengikut landasanPrinsip Kedua Teori Takmilah, iaitu Prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil; denganberfokuskan kepada pemimpin dalam Sulalatus Salatin berjaya memikul tanggungjawab sebagaimanayang dikehendaki Islam menurut nilai-nilai akhlak Islamiah. Nilai akhlak yang dikaji ialahnilai-nilai yang wajib ada pada Rasul, iaitu sifat siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Dapatankajian menunjukkan bahawa majoriti pemerintah Melaka mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik,namun apabila nafsu menguasai akal, maka ia mengganggu tindakan pemerintah dalam membuatkeputusan yang betul. Kesilapan dalam memimpin yang dilakukan oleh pemerintah, sepertiamalan nepotisme dan kronisme, serta bertindak secara terburu- buru; telah meninggalkankesan buruk ke atas Kesultanan Melayu Melaka. Kegagalan pemerintah dalam mentadbir telahmembawa kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kesimpulan kajian ini ialah raja-rajadan pembesar Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya berakhlak Islamiah yang tinggi, kerana apabiladikaji dengan Teori Takmilah, ternyata mereka memiliki sifat-sifat akhlak Islamiah, iaitu siddiq,amanah, tabligh dan fatanah. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa catatan kesan danakibat tindakan kurang berakhlak dalam kisah-kisah teks Sulalatus Salatin boleh dijadikan contohuntuk menerangkan konsep akhlak kepada generasi akan datang. Kajian ini mencadangkankajian lanjutan berdasarkan Teori Takmilah dijalankan ke atas Sultan Mah ud Syah selepaskejatuhan Kesultanan Melayu Melaka untuk menilaikepimpinannya.