Aplikasi maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah dalam tafsir Al-Azhar karangan Hamka

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan maqiah dan pengaplikasiannya terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah dan ayat- ayat hukum jenayah yang terdapat dalam Quran. Kajian ini juga untukmenganalisis maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah yang tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fazali Abdul Manas
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5315
Tags: Add Tag
tesis 1
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan maqiah dan pengaplikasiannya terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah dan ayat- ayat hukum jenayah yang terdapat dalam Quran. Kajian ini juga untukmenganalisis maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah yang telah diaplikasi oleh HAMKA dalam Tafsir al-Azhar. Metodologi kajian ini adalah berbentukanalisis teks dan analisis kandungan. Manakala pendekatan induktif, deduktif dan komparatif digunakan untuk menganalisis data tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan maqasid al-syariah telah diaplikasi oleh mufassir dalam karya tafsirayat-ayat hukum. Kajian ini mendapati sebanyak 39 ayat hukum jenayah dalam Quran yang melibatkan hukum hudud dan hukum qisas. Kajian ini juga mendapati bahawa HAMKA telah mengaplikasikan maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayathukum jenayah dalam Tafsir al-Azhar. Kajian ini merumuskan bahawa pengaplikasian maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum wajar diberi tumpuan olehmufassir. Ayat- ayat hukum pula dikumpul berdasarkan tema-tema bagi memudahkan umat Islam merujuk dan beramal dengannya. Implikasinya, kajian ini telah membangunkan satu metodologi tafsir tematik maqasidi dan ia boleh dijadikansebagai satu kaedah pentafsiran terhadap ayat-ayat hukum.