Kesan peta minda terhadap hasil penulisan cerpen dan sikap pelajar

Kajian gabungan kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan mengkaji kesan Peta MindaKonstruktif Imaginatif (PMKI), Peta Minda Vee (PMV), Peta Konsep (PK) terhadaphasil penulisan cerpen dan sikap pelajar. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasieksperimen dan kaedah tinjauan. Kajian kualitatif pula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ernalida
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5316
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian gabungan kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan mengkaji kesan Peta MindaKonstruktif Imaginatif (PMKI), Peta Minda Vee (PMV), Peta Konsep (PK) terhadaphasil penulisan cerpen dan sikap pelajar. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasieksperimen dan kaedah tinjauan. Kajian kualitatif pula menggunakan kaedah analisiskarangan. Kaedah kuasi eksperimen digunakan untuk mengukur pencapaian penulisancerpen, manakala kaedah tinjauan digunakan untuk mengukur sikap pelajar. Kaedahanalisis karangan digunakan untuk menentukan kualiti karangan cerpen pelajar.Sampel kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan 11 Sekolah Menengah Atas Negeri 13Palembang. Sebanyak 106 pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu 38 pelajarbagi kumpulan PMKI, 32 pelajar bagi kumpulan PMV dan 36 pelajar bagi kumpulanPK. Instrumen bagi kajian ialah satu set soalan ujian penulisan cerpen pra dan pasca,senarai semak karangan dan soal selidik tentang sikap. Ujian ANOVA Satu Haladigunakan untuk menganalisis pencapaian dalam penulisan karangan cerpen. Kualitikarangan cerpen pula dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik. Selain itu,Cohens Kappa digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kualitikarangan. Analisis deskriptif pula digunakan untuk mengetahui min sikap, manakalaMANCOVA adalah untuk mengetahui perbezaan subskala sikap keyakinan, kesukaandan usaha akademik. Korelasi Pearson pula adalah untuk mengetahui hubungan antaraketiga-tiga subskala sikap. Dapatan kajian berasaskan Ujian ANOVA Satu Halamenunjukkan bahawa pencapaian penulisan cerpen yang didedahkan dengan PMKIlebih baik berbanding PMV dan PK, iaitu F=24.2, dan p <0.05. Selain itu, kualitipenulisan cerpen pelajar berasaskan isi, struktur dan bahasa bagi kumpulan PMKIlebih baik berbanding PMV dan PK. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa minsubskala sikap keyakinan, kesukaan dan usaha akademik lebih tinggi dalam penulisancerpen dengan menggunakan PMKI berbanding PMV dan PK, iaitu F=4.1, dan p