Pembinaan dan penilaian modul pengajaran program pemulihan dalam komuniti bagi aktiviti asas menggambar untuk pelatih Autisme

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)Asas Menggambar untuk Pelatih Autisme bagi kegunaan petugas PDK. Kajian ini juga menilai tahapkeupayaan pelatih autisme terhadap aktiviti asas menggambar yang menjurus kepada lima jenisaktiviti iaitu lukis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizah Suleiman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5317
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)Asas Menggambar untuk Pelatih Autisme bagi kegunaan petugas PDK. Kajian ini juga menilai tahapkeupayaan pelatih autisme terhadap aktiviti asas menggambar yang menjurus kepada lima jenisaktiviti iaitu lukisan, catan, resis, capan, dan cetakan. Kerangka konseptual kajian gabungankualitatif dan kuantitatif ini diadaptasi dari model ADDIE, MODEL Bandura, dan ASSURE. Kajian reka bentuk dan pembangunan melibatkan tiga fasa utama iaitu Fasa AnalisisKeperluan, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan dan Fasa Implementasi dan Penilaian. TeknikFuzzy Delphi digunakan untuk menentukan reka bentuk kandungan Modul Pengajaran PDK AsasMenggambar untuk Pelatih Autisme telah disahkan oleh kesepakatan pakar. Teknik pengumpulan datamelalui soal selidik, pemerhatian, analisis dokumen, dan temu bual. Responden kajiansebanyak 142 orang dari sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada pelatih autisme,petugas PDK, guru sekolah Pendidikan Khas, ibu bapa kepada pelukis autisme, dan pakar rujukautisme. Dapatan menunjukkan pelatih autisme mampu melaksanakan aktiviti asas menggambarberdasarkan skala pencapaian bagi setiap hasil karya dan deskriptor yang ditetapkan.Aktiviti resis merupakan aktiviti yang paling digemari oleh pelatih autisme iaitu dengannilai min 3.3333(SP=0.57735). Selain itu aktiviti yang dijalankan dapat merangsangpemikiran kreatif pelatih autisme dan meningkatkan kemahiran motor halus. Modul Pengajaran PDK AsasMenggambar untuk Pelatih Autisme sesuai digunakan oleh petugas PDK kerana kandungannya yang jelasdan mudah diikuti dan boleh dikendalikan secara kendiri. Implikasi kajian menunjukkan bahawaModul Pengajaran PDK Asas Menggambar untuk Pelatih Autisme mempunyai tahap kebolehgunaan yangtinggi, sangat efektif serta berjaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan petugasserta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di PDK.