Pembangunan model penaakulan saintifik pelajar sains berdasarkan isu sosio saintifik

Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan model penaakulan saintifik pelajar sainsberasaskan faktor Pengetahuan Isi Kandungan (PIK), Kepercayaan Epistemologi Saintifik (KES),pelekatan Nilai Etika (NE), Teknologi Maklumat (TM) terhadap Penaakulan Saintifik (PS) berdasarkan Isu Sosio Saintifik (ISS...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Ikhwan Mat Saad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5321
Tags: Add Tag
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan model penaakulan saintifik pelajar sainsberasaskan faktor Pengetahuan Isi Kandungan (PIK), Kepercayaan Epistemologi Saintifik (KES),pelekatan Nilai Etika (NE), Teknologi Maklumat (TM) terhadap Penaakulan Saintifik (PS) berdasarkan Isu Sosio Saintifik (ISS) menggunakan Analysis of Moment Structure (AMOS)dan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Reka bentuk penyelidikan kuantitatifdipilih untuk menjawab empat persoalan kajian dan 13 hipotesis. Lima set instrumen telah digunakan untuk mengukur PIK, KES, NE, TM dan PS. Seramai 450 orang pelajarsains tingkatan empat dipilih menjadi responden menggunakan teknik pensampelan rawakberlapis dua peringkat. Terdapat dua peringkat pada analisis model ini. Peringkatpertama, analisis model pengukuran. Kesahan model pengukuran merujuk kepada goodness-of- fit(GFI0.90), Construct Reliability (CR0.6) dan Average Variance Extracted (AVE0.5).Dapatan kajian menunjukkan item-item setiap konstruk pada pemboleh ubah PIK (GFI=0.96,CR=0.84 dan AVE=0.96), KES (GFI=0.97, CR=0.87 dan AVE=0.58), NE (GFI=0.98, CR=0.58 danAVE=0.73), TM (GFI=0.92, CR=0.65 danAVE=0.79), dan PS (GFI=0.94, CR=0.59 dan AVE=0.86) adalah sah dan sepadan dengan datakajian. Peringkat kedua, dapatan analisis Model PS menunjukkan tahap penaakulan saintifik pelajarsains masih di peringkat rendah (78%) kerana kurang menguasai PIK, kurang KES tetapimelalui NE pelajar dapat membuat penaakulan moral dalam ISS melalui pengetahuan agamadan masih menghormati masyarakat setempat. TM yang dijadikan sebagai pemboleh ubahpengantara tidak mempunyai hubungan secara langsung terhadap PS (0 >- 0.144) tetapi sekiranya TMdikekalkan maka Model PS akan menjadi lebih baik. Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan satu garis panduan berbentuk visual yang dapat meningkatkankemahiran menaakul pelajar. Implikasi kajian ialah potensi penggunaan modelpenaakulan saintifik ini dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains disekolah menengah.