Pembinaan dan penilaian modul pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan masalah dengan penerapan saintifik

Kajian ini bertujuan membina dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran matematikberasaskan masalah dengan pendekatan saintifik (PBMS). Kajian ini menggunakan duapendekatan iaitu penyelidikan pembangunan dan kaedah kuasi- eksperimen. Penyelidikanpembangunan yang diaplikasi dalam kajian ini adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5324
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran matematikberasaskan masalah dengan pendekatan saintifik (PBMS). Kajian ini menggunakan duapendekatan iaitu penyelidikan pembangunan dan kaedah kuasi- eksperimen. Penyelidikanpembangunan yang diaplikasi dalam kajian ini adalah berdasarkan langkah-langkah pembinaanmodul yang diubahsuai daripada model Plomp, yang mengandungi lima fasa iaitu (i) kajianawal, (ii) perancangan, (iii) realisasi, (iv) penilaian modul, kajian rintis, dan penambahbaikan, serta (v) perlaksanaan. Penilaian modul PBMS adalah berdasarkan penilaianproduk Nieveen yang melibatkan ujian kesahan, kebolehpercayaaan, kepraktikalan dan keberkesanan.Komponen-komponen modul yang dibina terdiri daripada sintaks, sistem sosial, prinsipreaksi, sistem pendokong, dan impak instruksional dan pengiring. Sampel kajian terdiridaripada 188 pelajar di tiga buah sekolah di Indonesia yang dipilih menggunakan teknikpensampelan rawak kluster. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul PBMS yang dibina memenuhisyarat kesahan berdasarkan penilaian oleh tiga pakar pendidikan matematik dengan nilai kesahankesemua item melebihi nilai 3.00 daripada nilai maksimum 4.00. Instrumen penilaian modulPBMS yang dibina juga memenuhi syarat kebolehpercayaan apabila diuji terhadap pelajaryang menjadi subjek kajian dengan nilai pekali kebolehpercayaan Grinnell kesemua item melebihi 0.75daripada nilai maksimum 1.00. Dari aspek kepraktikalan, kajian yang dilakukan mendapati bahawamodul PBMS adalah praktikal digunakan berdasarkan penilaian oleh pemerhati yang dilantik dalamkalangan guru. Begitu juga modul PBMS berkesan dalam meningkatkan prestasi matematik pelajarberbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional [t(186)=-3.419, p=0.001]. Kesimpulannya, kajian berjaya membina dan menilai modul PBMS yang memenuhi syarat kesahan, kebolehpercayaan, kepraktikalan, dan keberkesanan. Implikasi daripada kajianini adalah modul PBMS sesuai digunakan dalam pengajaran danpembelajaran matematik Sekolah Menengah Pertama di Indonesia.