Pengaruh personaliti,komitmen dan efikasi kendiri terhadap prestasi kerja guru sekolah kebangsaan di Kota Bharu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerjaberdasarkan personaliti (kehematan, keterbukaan, neurotisisme, ekstraversi dan kesetujuan),komitmen dan efikasi kendiri dalam kalangan guru sekolah kebangsaan. Kajian inimelibatkan 350 orang guru sekolah rendah d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norhasliza Abdullah
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5367
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerjaberdasarkan personaliti (kehematan, keterbukaan, neurotisisme, ekstraversi dan kesetujuan),komitmen dan efikasi kendiri dalam kalangan guru sekolah kebangsaan. Kajian inimelibatkan 350 orang guru sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan yang dipilih secararawak. Personaliti, komitmen dan efikasi kendiri masing-masing diukur menggunakanterjemahan Big Five Inventory, Teacher's Commitment Scale dan Teachers' Sense ofEfficacy Scale. Prestasi kerja diukur dengan menggunakan Borang Jabatan Pendidikan AwamPrestasi, 3/2002 yang diubahsuai. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptifdan Permodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya,personaliti ekstraversi (M=3.88, SP=0.598) dan kehematan (M=3.87, SP=0.546) bagi guru berada pada tahap yang tinggi, manakala komitmen (M=3.70, SP=0.715), efikasi kendiri (M=3.70,SP=0.464) dan prestasi kerja guru (M=3.65, SP=0.717) berada pada tahap sederhana. Beberapadimensi, iaitu subskala murid (M=3.80, SP=0.70) dan profesion (M=3.90, SP=0.698) bagikomitmen, subskala penglibatan murid dalam efikasi kendiri (M=3.86, SP=0.562) dan subskalapenghasilan kerja (M=3.80, SP=0.711) bagi pembolehubah prestasi kerja berada pada tahaptinggi. Faktor personaliti guru ( Eks= 0.119, Kes= 0.170, Keh= 0.158, Neu= 0.143, Ket=0.245) telah menyumbang sebanyak 44%varians dalam komitmen dan 69% ( Eks= 0.070, Kes= 0.179, Keh= 0.133, Neu= 0.196, Ket= 0.215)varians dalam efikasi kendiri. Sebanyak 70% varians prestasi kerja guru dipengaruhi oleh komitmen( =0.340), efikasi kendiri ( =0.531), ekstraversi ( =0.112), kesetujuan ( =0.095), kehematan( =-0.092), neurotisisme ( =-0.052) dan keterbukaan ( = -0.033). Dapatan analisis SEMmenunjukkan nilai Khi Kuasa Dua Goodness-of-Fit adalah signifikan dan model yang dicadangkansepadan dengan data kajian. Lima nilai indeks padanan yang lain, iaitu RMSEA= .052, CFI=.974 danChiSq/df= 1.931 juga menunjukkan padanan yang baik dengan data kajian. Kesimpulan menunjukkanprestasi kerja cemerlang guru boleh dibina dengan mengambil kira aspek personaliti,efikasi kendiri dan komitmen. Akhirnya, implikasi kajian menunjukkan guru yang berprestasitinggi adalah nadi kejayaan guru yangmembina generasi akan datang.