Penggunaan Kaedah Model Bar dalam membantu murid tahun lima menyelesaikan masalah Matematik berbentuk KBAT

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan Kaedah Model Bar dalam membantu murid Tahun Limamenyelesaikan masalah matematik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek pertama yangdikaji adalah keupayaan sedia ada murid dalam menyelesaikan masalah matematik berbentuk KBAT. Aspekkedua yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azrul Azwan Mohd Abdul Aziz
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5369
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan Kaedah Model Bar dalam membantu murid Tahun Limamenyelesaikan masalah matematik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek pertama yangdikaji adalah keupayaan sedia ada murid dalam menyelesaikan masalah matematik berbentuk KBAT. Aspekkedua yang dikaji adalah keberkesanan Kaedah Model Bar dalam membantu murid Tahun Lima menyelesaikan masalah matematik berbentuk KBAT. Aspek ketiga yang dikaji adalah persepsi murid Tahun Lima terhadap soalan penyelesaian masalah matematik berbentuk KBATsetelah diperkenalkan dengan Kaedah Model Bar. Kaedah kuasi- eksperimen digunakan dalamkajian ini. Seramai 70 orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah rendah di DaerahKinta, Perak terlibat di dalam kajian ini. Analisis data kuantitatif adalah statistikdeskiptif dan statistik inferensi (ujian-t). Analisis kualitatif melibatkan data daripadatemu bual. Hasil dapatan menunjukkan bahawa min markah Ujian Pasca melebihi min UjianPra secara signifikan bagi murid kumpulan kawalan. Min markah Ujian Pasca murid kumpulanrawatan juga mengatasi min markah Ujian Pasca murid kumpulan kawalan secara signifikan. Melaluianalisis temubual, didapati terdapat tiga faktor utama murid sukar menyelesaikan masalahmatematik berbentuk KBAT iaitu, tidak memahami soalan yang dikemukakan; tidak dapat memahamikehendak soalan; dan tidak dapat menentukan apakah operasi yang sesuai untuk digunakan. Melaluianalisis soal selidik, didapati terdapat perubahan positif persepsi murid terhadap soalanpenyelesaian masalah matematik berbentuk KBAT selepas Kaedah Model Bar digunakan. Kesimpulannya,murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Kaedah Model Bar menunjukkanpencapaian yang lebih baik berbanding murid kumpulan kawalan serta mempunyai persepsi yang positifterhadap soalan penyelesaian masalah matematik berbentuk KBAT. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan Kaedah Model Bar dapat membantu meningkatkan pencapaiandan mengubah persepsi murid Tahun Lima terhadap soalanpenyelesaian masalah matematik berbentuk KBAT.