Peranan dan sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan sosioekonomi di Bentong, 1897-1948

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan dan sumbangan komuniti Cina dalampembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di Bentong telahmenjalankan kegiatan ekonomi yang merupakan asas kepada penerokaan dan pembangunan Bentongpada zaman kolonial British. Komuniti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yang, Yee Chen
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5372
Tags: Add Tag
- 1
pahang 1
upsi 1
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan dan sumbangan komuniti Cina dalampembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di Bentong telahmenjalankan kegiatan ekonomi yang merupakan asas kepada penerokaan dan pembangunan Bentongpada zaman kolonial British. Komuniti Cina juga berperanan penting dalam menyumbang kepadapembangunan sosial Bentong sehingga menjadikan Bentong sebagai tarikan kepada kemasukandan pertambahan komuniti Cina. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumendan manuskrip telah digunakan dalam kajian ini yang memperoleh sumber utama dari ArkibNegara Malaysia dengan merujuk fail-fail kolonial British seperti Pahang Annual Report,District Office Files, Secretariat Files of Pahang dan fail-fail kerajaan Pahang manakala sumbersekunder pula adalah dikumpul daripada jurnal, buku dan majalah persatuan Cina Bentong.Penyelidikan ini juga menjalankan temu ramah dengan generasi tua di Bentong sebagaisumber lisan yang menyumbang kepada kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kegiatanekonomi oleh orang Cina telah berjaya menarik ramai kemasukan orang Cina datang ke Bentonguntuk bekerja dan membangunkan aktiviti perlombongan yang terdapat di Bentong. Dapatan kajian jugamenunjukkan terdapat komuniti Cina bergiat dalam aktiviti pertanian, perniagaan dan pertukangan yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi Bentong. Kesimpulan daripadakajian menunjukkan komuniti Cina di Bentong telah berjaya meningkatkan taraf hidup merekadi samping kejayaan dalam melahirkan persatuan Cina Huiguan yang berpengaruh di Bentong.Implikasi kajian menunjukkan komuniti Cina Bentong telah bergiat aktif dalam kegiatan ekonomi bagimembangunkan daerahBentong dengan pesat pada zaman kolonial British.