Peranan dan sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan sosioekonomi di Bentong, 1897-1948

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan dan sumbangan komuniti Cina dalampembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di Bentong telahmenjalankan kegiatan ekonomi yang merupakan asas kepada penerokaan dan pembangunan Bentongpada zaman kolonial British. Komuniti...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Yang, Yee Chen
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5372
標簽: 添加標簽
- 1
pahang 1
upsi 1
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan dan sumbangan komuniti Cina dalampembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di Bentong telahmenjalankan kegiatan ekonomi yang merupakan asas kepada penerokaan dan pembangunan Bentongpada zaman kolonial British. Komuniti Cina juga berperanan penting dalam menyumbang kepadapembangunan sosial Bentong sehingga menjadikan Bentong sebagai tarikan kepada kemasukandan pertambahan komuniti Cina. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumendan manuskrip telah digunakan dalam kajian ini yang memperoleh sumber utama dari ArkibNegara Malaysia dengan merujuk fail-fail kolonial British seperti Pahang Annual Report,District Office Files, Secretariat Files of Pahang dan fail-fail kerajaan Pahang manakala sumbersekunder pula adalah dikumpul daripada jurnal, buku dan majalah persatuan Cina Bentong.Penyelidikan ini juga menjalankan temu ramah dengan generasi tua di Bentong sebagaisumber lisan yang menyumbang kepada kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kegiatanekonomi oleh orang Cina telah berjaya menarik ramai kemasukan orang Cina datang ke Bentonguntuk bekerja dan membangunkan aktiviti perlombongan yang terdapat di Bentong. Dapatan kajian jugamenunjukkan terdapat komuniti Cina bergiat dalam aktiviti pertanian, perniagaan dan pertukangan yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi Bentong. Kesimpulan daripadakajian menunjukkan komuniti Cina di Bentong telah berjaya meningkatkan taraf hidup merekadi samping kejayaan dalam melahirkan persatuan Cina Huiguan yang berpengaruh di Bentong.Implikasi kajian menunjukkan komuniti Cina Bentong telah bergiat aktif dalam kegiatan ekonomi bagimembangunkan daerahBentong dengan pesat pada zaman kolonial British.