Pengaruh kepimpinan transformasional guru besar terhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepimpinan transformasional guru besarterhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Pendekatan kuantitatif reka-bentuk deskriptif korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiridaripada 507 orang gur...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2018
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5373 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepimpinan transformasional guru besarterhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Pendekatan kuantitatif reka-bentuk deskriptif korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiridaripada 507 orang guru dari 17 buah sekolah yang menerima Bai'ah di Sarawak. Data dianalisismenggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional (min = 4.25) dan komitmen kerja guru(min = 4.13) adalah pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubunganyang signifikan antara tahap amalan kepimpinan transformasional dan komitmen kerja guru (r=0.185, p = 0.00). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pemboleh ubah kepimpinan transformasional pertama iaitu membina visi dan matlamat sekolah ( = 0.22, p = 0.00)merupakan pengaruh utama terhadap komitmen guru diikuti dengan menjadi teladan terhadap nilai-nilaipenting organisasi ( = 0.19, p = 0.00), menunjukkan prestasi kerja yang tinggi ( = 0.19, p =0.00), menyediakan rangsangan intelektual ( = .15, p = 0.00), menawarkan sokongan secara peribadi( = 0.12, p = 0.00), dan membangunkan struktur serta menggalakkan penglibatan dalam proses membuatkeputusan ( = 0.15, p = 0.00). Sebanyak 31 peratus variasi di dalam komitmen kerja guru diterangkan oleh pemboleh ubah bebas. Kesimpulannya, kepimpinan transformasional gurubesar mempengaruhi komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai`ah diSarawak. Implikasi kajian menunjukkan kepimpinan transformasional boleh meningkatkankomitmen kerja guru dan sesuaidipraktikkan oleh semua pemimpin sekolah untuk pembangunan sekolah. |
---|