Menilai pelaksanaan program LINUS 2.0 di sekolah-sekolah dalam daerah Gombak

LINUS merupakan akronim kepada Literacy and Numeracy Screening iaitu suatu program pemulihan untukmemastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dalam tempoh tigatahun awal persekolahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru danmenilai pelaksanaan Pr...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Mazli Alias
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5382
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:LINUS merupakan akronim kepada Literacy and Numeracy Screening iaitu suatu program pemulihan untukmemastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dalam tempoh tigatahun awal persekolahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru danmenilai pelaksanaan Program LINUS 2.0 menerusi keempat-empat dimensi Model Penilaian KIPPiaitu Dimensi Penilaian Konteks, Dimensi Penilaian Input, Dimensi Penilaian Proses dan DimensiPenilaian Produk. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan yang menggunakaninstrumen soal selidik. Instrumen ini mengandungi 46 soalan objektif berskala Likert LimaMata. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang guru tahap satu yang mengajarsubjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSSVersi 23.0 dan menggunakan statistik deskriptif (min) dan statistik inferensi (korelasi dan ujianregresi pelbagai). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 daripada 13 subkonstruk berkaitan persepsiguru terhadap pelaksanaan Program LINUS 2.0 di sekolah-sekolah dalam Daerah Gombak berada padatahap yang tinggi. Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuatantara Dimensi Konteks dengan Dimensi Input (r=.696,N=300,p=0.00) dan Dimensi Konteks dengan Dimensi Proses (r=.593,N=300,p=0.00). Namun begitu, hubungan yangsederhana berlaku di antara Dimensi Konteks dengan Dimensi Produk (r=.516,N=300,p=0.00). Hubungan yang signifikan, positif dan kuat juga melibatkan DimensiInput dengan Dimensi Proses (r=.783,N=300,p=0.00) dan juga Dimensi Input dengan Dimensi Produk (r=.689,N=300,p=0.00). Selain itu, hubungan antara Dimensi Proses danDimensi Produk juga adalah signifikan dan kuat (r=.633,N=300,p=0.00). Kajian juga mendapati bahawaDimensi Penilaian Konteks, Dimensi Penilaian Input dan Dimensi Penilaian Proses mempunyaipengaruh yang signifikan ke atas Dimensi Penilaian Produk dalam pelaksanaanProgram LINUS 2.0. Dimensi Penilaian Input merupakan peramal terbaik bagi Dimensi PenilaianProduk dalam pelaksanaan Program LINUS 2.0. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaanProgram LINUS 2.0 merupakan suatu usaha berkesan yang dijalankan oleh KPM bagi membantumeningkatkan penguasaan murid normal dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengiraserta mampumeningkatkan tahap kualiti PdPc guru LINUS.