Penganggaran kadar pulangan pendidikan di Malaysia menggunakan data panel pseudo
Tujuan kajian ini untuk menganggarkan kadar pulangan pendidikan dengan menggunakandata keratan rentas dan panel pseudo. Kajian kuantitatif ini menggunakan dataBancian Pendapatan Isi rumah dari tahun 1995 hingga 2014 di Malaysia yang dibekalkan olehJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Analisis kajian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5386 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini untuk menganggarkan kadar pulangan pendidikan dengan menggunakandata keratan rentas dan panel pseudo. Kajian kuantitatif ini menggunakan dataBancian Pendapatan Isi rumah dari tahun 1995 hingga 2014 di Malaysia yang dibekalkan olehJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Analisis kajian ini menggunakan teori modal insanmelalui penggunaan Model Persamaan Mincer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertambahan satutahun persekolahan akan meningkatkan kadar pulangan sebanyak 20.7 peratus setahun padatahun 1995 dan berkurang kepada 13 peratus setahun pada tahun 2014. Sementara itu, pertambahandalam setahun pengalaman pula meningkatkan pendapatan sebanyak4.5 peratus pada tahun 1995 dan berkurang kepada 1.9 peratus pada tahun 2014 bagi data keratanrentas. Kadar pulangan pendidikan bagi pertambahan setahun bersekolah yang dianggarkanmenggunakan data panel pseudo ialah sebanyak 21 peratus setahun pada tahun 1995 dan menurunkepada 11.6 peratus pada tahun 2014. Manakala pertambahan satu tahun pengalamanmeningkatkan pendapatan antara 1.5 hingga 3 peratus bagi tempoh yang sama. Dapatankajian juga menunjukkan berlaku penurunan dalam kadar pulangan kepada pendidikan kesandaripada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Kesimpulannya, data keratan rentas dan data pseudomenyokong teori modal insan. Perbezaan dapatan kadar pulangan dengan menggunakan data keratanrentas dan data pseudo panel adalah kecil. Walau bagaimanapun, pembentukan data pseudo panelyang berkualiti memerlukan data keratan rentas yang lebih besar untuk membuat anggaran yang lebihkonsisten.Kata kunci: Pulangan Pendidikan, Modal Manusia, Model Insan, Data Panel Pseudo |
---|