Pembangunan dan kesan modul multimedia interaktif membuat pakaian (MIMP) terhadap pencapaian, ketekalan ingatan dan motivasi

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Multimedia Interaktif Membuat Pakaian (MIMP)dan menilai kesannya terhadap pencapaian, ketekalan ingatan dan motivasi murid. Pembangunan modul adalah berasaskan Model ASSURE dan menggunakan Teori Behaviorisme,Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme Sosia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baity Anak Bujeng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5399
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Multimedia Interaktif Membuat Pakaian (MIMP)dan menilai kesannya terhadap pencapaian, ketekalan ingatan dan motivasi murid. Pembangunan modul adalah berasaskan Model ASSURE dan menggunakan Teori Behaviorisme,Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme Sosial untuk menyampaikan isi kandungan modul. Teori Beban Kognitif dan Teori Pembelajaran Multimedia pula digunakan untuk mereka bentukskrin modul. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimenujian pra, ujian pos dan pos tertangguh. Kajian ini melibatkan 73 orang murid Sains Rumah Tanggatingkatan empat dari zon selatan Sarawak yang diplih secara rawak kelompok. Responden kajiandibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 36 orang kumpulan kawalan dan 37 orang kumpulan rawatan. Data dikumpul menggunakan ujian pemahaman, ujian amali menjahit dansoal selidik. Statistik inferensi iaitu SPANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatananalisis SPANOVA menunjukkan terdapat kesan yang signifikan bagi pencapaian pemahaman pada [F(1,71)= 306.88, p